PRN: UMNO Sabah Bantu Kempen Selangor, Bakal Aplikasi Strategi Baharu Untuk Kemenangan

KOTA KINABALU, 20 Julai – UMNO Sabah akan membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor dan menjadikan ia sebagai medan ujian strategi baharu untuk digunakan pada PRN Sabah nanti. Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pihaknya ingin melihat strategi baharu yang lebih kepada penggunaan media sosial itu berkesan atau tidak iaitu memberi impak yang tinggi […]

» Read more

PRN: Pemerintahan Negeri Dan Pusat Mesti Selari… Kerajaan Perpaduan Paling Stabil

KOTA RAJA, 18 Julai – Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan paling stabil, hasil kerjasama Barisan Nasional (BN) dah Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada 148 kerusi ketika ditubuhkan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Justeru, beliau berharap agar para pengundi yang bakal membuang undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini mestilah memastikan agar kerajaan negeri […]

» Read more

PRK Kuala Terengganu Serentak Dengan PRN Enam Negeri Pada 12 Ogos – SPR

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dijalankan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu turut diadakan serentak dengan PRN di […]

» Read more

PN/Pas Cuba Alih Kegagalan Tadbir Negeri Kelantan Dengan Isu Negara – Zawawi

PASIR PUTEH, 17 Julai – Pas/Perikatan Nasional (PN) dilihat telah lari daripada acuan asal apabila mengaitkan isu-isu negara dalam ceramah-ceramah semata-mata untuk mengalihkan kegagalan mereka mentadbir negeri Kelantan. Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Zawawi Othman mempersoalkan apakah mereka bercadang untuk menukar kerajaan sedia ada dengan memainkan isu semasa negara seperti kejatuhan nilai matawang ringgit dan sebagainya. “Saya melihat Pas […]

» Read more

Wanita UMNO/BN Komited Gerakkan Jentera, Bantu Calon-Calon Bertanding PRN

PERMATANG PAUH, 17 Julai – Wanita UMNO/Barisan Nasional (BN) tekad akan menggerakkan jenteranya bagi membantu parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan yang bertanding di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, jelas Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Katanya, kerjasama dan gerak kerja yang bersepadu mampu memastikan kemenangan berpihak kepada BN dan Pakatan Harapan (PH). “Jangan risau pada jentera parti terutamanya […]

» Read more

Ingat Rekod ‘Kahwin-Cerai’ Pas… Hati-Hati Pilih Parti Untuk Bentuk Kerajaan Negeri Stabil – Shabery

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Rakyat perlu diingatkan dengan rekod mudah ‘kahwin-cerai’ Pas untuk lebih berhati-hati dalam memilih parti yang membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak. Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara yang dilakukan oleh Pas selalunya diakhiri dengan memburukkan ‘bekas pasangan’ mereka untuk menawan hati rakyat. “Ada orang suka […]

» Read more

PRN N. Sembilan: BN Tanding 17 Kerusi DUN

KUALA PILAH, 15 Julai – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) bulan depan, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata kerusi itu adalah 16 DUN dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan satu lagi kerusi di DUN […]

» Read more

PRN: Keluarga Besar UMNO Digeruni Lawan, Manfaatkan Ke Arah Kemenangan

KUALA PILAH, 15 Julai – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan UMNO sebagai sebuah keluarga besar yang membawa signifikannya tersendiri kepada kekuatan parti. Jelas beliau kekuatan dimiliki UMNO ini ternyata memberikan rasa gerun dalam kalangan parti lawan. “Keluarga UMNO yang besar ini merupakan sesuatu yang digeruni dek semua orang, ini kekuatan kita. “Orang kadang-kadang tak nampak kekuatan kita […]

» Read more

PRN Peluang Terbaik Rakyat Selarikan Kerajaan Negeri Dan Pusat – Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada Ogos ini merupakan peluang terbaik untuk rakyat selarikan tampuk pemerintahan negeri dengan kerajaan pusat bagi memudahkan proses pentadbiran. Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, cabaran yang paling besar dalam menghadapi PRN ini adalah untuk membaca kemahuan rakyat dalam menentukan kerajaan negeri. […]

» Read more
1 20 21 22 23 24 158