Ikhtiar BN Johor Bukti Keprihatinan Kepada Rakyat – Noraini

PENGERANG, 2 Mac – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menghargai Ikhtiar Barisan Nasional (BN) yang mencakupi semua lapisan khususnya kepada golongan wanita di negeri ini. Katanya, penekanan kepada inisiatif keusahawan yang diketengahkan oleh BN adalah penting dan membuktikan komitmen kerajaan baharu kelak sekiranya mendapat mandat daripada rakyat pada 12 Mac ini. “Ikhtiar manifesto BN menfokuskan kepada […]

» Read more

Hishammuddin Zahir Penghargaan Kepada Tentera Darat

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menzahirkan penghargaan kepada anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) sempena Hari Tentera Darat ke-89 yang disambut hari ini. Menerusi catatan di Facebooknya, Hishammuddin mengucapkan terima kasih kepada anggota Tentera Darat yang komited menjalankan tugas dalam pengurusan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lepas, selain mempertaruhkan nyawa dalam membantu pengurusan […]

» Read more

PM Harap Tentera Darat Terus Komited Pertahan Kedaulatan Negara

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Bersempena Hari Tentera Darat ke-89 yang disambut hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap anggota pasukan keselamatan itu terus komited melaksanakan tugas demi mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi. Sambil menzahirkan penghargaan atas pergorbanan, perjuangan dan khidmat bakti yang dicurahkan, Ismail Sabri menerusi catatan di Facebook berkata peranan dimainkan anggota Tentera Darat termasuk ketika […]

» Read more

Agong Zahir Ucapan Selamat Ulang Tahun Tentera Darat Ke-89

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat Malaysia ke-89 kepada seluruh warganya termasuk veteran dan semua yang pernah berkhidmat dalam pasukan keselamatan itu. Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada anggota Tentera Darat dalam menjaga kedaulatan negara […]

» Read more

Gelanggang PRN Johor Dibuka Untuk Kemajuan Masa Hadapan

Suasana kempen PRN Johor baru masuk hari keempat. Rata rata suasana masih lagi di peringkat perancangan dan perlaksanaan kerja awalan. Bahang kerancakkannya sudah dirasai di mana mana ceruk dalam negeri. 12hb Mac nanti, 2.5 juta pengundi bakal menentukan wakil rakyat pilihan mereka. Wakil rakyat yang akan bekerja untuk kemakmuran kawasan dan juga negeri. 30% daripada pengundi kali ini adalah pengundi […]

» Read more

Jentera Harus Berkerjasama… Kuat, Mantap Untuk Kemenangan BN- Mohamad Hasan

MACHAP, 28 Feb – Pengarah Pilihan Raya, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap jentera Barisan Nasional (BN) terus berkerja lebih kuat dan bekerjasama dengan jentera tempatan. Menurutnya, jentera tempatan memang sudah mantap dan mahir selok-belok pengundi serta kawasan di sini, ianya turut dibantu jentera-jentera BN negeri angkat.“Kami datang ke sini membantu jentera tempatan. Jentera tempatan memang sudah mantap tetapi banyak lagi […]

» Read more

Wanita Yakin Kewibawaan Calon Bawa Obor BN Untuk PRN Johor

JOHOR BAHRU, 24 Feb – Wanita UMNO yakin dan percaya barisan calon yang diumumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad mampu membawa parti itu untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) berkenaan. Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim berkata 70 peratus muka baharu yang ditonjolkan termasuklah calon daripada Wanita BN adalah satu langkah yang sebaiknya selain daripada gabungan muka lama. […]

» Read more

PRN Johor Diteruskan Dengan SOP Lebih Longgar

PORT DICKSON, 12 Feb – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diteruskan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih longgar berbanding PRN Sarawak dan Melaka sebelum ini. Menteri berkenaan, Khairy Jamaluddin berkata ia berdasarkan kajian daripada KKM yang mengambil kira kesan varian Omicron terhadap kesihatan awam dan liputan vaksinasi negara yang tinggi pada masa ini membolehkan […]

» Read more

PRN Johor: Tarikh Mengundi 12 Mac, Penamaan Calon Pada 26 Feb – SPR

JOHOR BAHRU, 9 Feb – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Feb manakala pengundian awal pada 8 Mac. Pengumuman dibuat Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung pilihan raya negeri itu di […]

» Read more

80 Pemuda PKR Keluar Parti, Hilang Kepercayaan Terhadap Pemimpin

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Seramai 80 Pemuda PKR daripada cabang Rasah bertindak keluar parti dan menyertai MIC akibat hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR yang disifatkan memberi janji kosong. Menerusi kenyataan yang diberikan tindakan tersebut ekoran pelbagai isu berkaitan rakyat yang tidak dapat diselesaikan oleh kepimpinan negeri yang diterajui parti itu. “Kelemahan dan birokrasi politik dalaman parti telah membantutkan pergerakan […]

» Read more
1 132 133 134 135 136 175