80 Pemuda PKR Keluar Parti, Hilang Kepercayaan Terhadap Pemimpin

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Seramai 80 Pemuda PKR daripada cabang Rasah bertindak keluar parti dan menyertai MIC akibat hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR yang disifatkan memberi janji kosong.

Menerusi kenyataan yang diberikan tindakan tersebut ekoran pelbagai isu berkaitan rakyat yang tidak dapat diselesaikan oleh kepimpinan negeri yang diterajui parti itu.

“Kelemahan dan birokrasi politik dalaman parti telah membantutkan pergerakan Pemuda PKR dalam menerajui dan memenangi agenda rakyat khususnya di Negeri Sembilan.

“Kesemua bekas ahli Pemuda PKR akan diserapkan ke cawangan Labu, Kirbry dan Gadong untuk meneruskan kerja-kerja pemerkasaan masyarakat tempatan,” memetik kenyataan media yang diberikan mereka.

Penyertaan Pemuda PKR ke Briged Pemuda MIC ini diselaraskan oleh Ketua Pemuda MIC Negeri Sembilan, Kalai Arasan yang turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan merangkap Ketua Briged Pemuda MIC, Andrew David; Pengerusi MIC Bahagian Rasah, Krishnan dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rasah, Irwan Mohd Suhid. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.