Lembah Klang, Melaka Beralih Ke Fasa Tiga, Kedah Ke Fasa Dua PPN Mulai 1 Okt

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Melaka akan beralih ke Fasa Tiga dalam Pelan Pemulihan Negara berkuat kuasa 1 Okt ini. Kedah pula akan beralih ke Fasa Dua pada tarikh sama, sekali gus menyaksikan tiada lagi negeri berada di Fasa Satu di seluruh negara. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan […]

» Read more

RMK-12 Terjemah Pemimpin Negara Dengar Keluhan Rakyat, Hendakkan Kehidupan Berkualiti – Norliza

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat Isini lalu menunjukkan menunjukkan terjemahan seorang pemimpin tertinggi negara yang mendengar keluhan rakyat. Demikian tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim berkaitan RMK-12 bertemakan ‘Malaysia Makmur, Inklusif dan Mampan’ […]

» Read more

RMK-12 Satu Dokumen Dan Agenda Kritikal – Khaled Nordin

Perdana Menteri telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025. Dokumen lengkap sepanjang 556 muka surat tersebut memuatkan hala tuju serta fokus Malaysia untuk lima tahun akan datang. Antara lain, sembilan pemacu ekonomi negara dengan peruntukan kira-kira RM400 bilion dengan 14 tindakan inovatif. 2. Secara umumnya, RMK-12 masih berkisar tentang sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi. Jadi, ia membayangkan banyak perkara. Misalnya, […]

» Read more

M-WEZ: Pencetus Perubahan Kepada Kepada Pembangunan Melaka – Ketua Menteri

MELAKA, 22 Sept – Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) bakal menjadi pencetus perubahan kepada pembangunan Melaka bagi tempoh 25 hingga 30 tahun akan datang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Sulaiman (BN-Lendu) berkata projek berkenaan dilihat mempunyai potensi untuk memperkukuhkan Melaka sebagai negeri berasaskan pelancongan di samping menerapkan ciri-ciri baharu yang bersepadu seperti pusat pelancongan antarabangsa, pusat komersil […]

» Read more

Makkal Sakti Diberi Tempat Untuk Bertanding Dalam PRU15 – Pengerusi BN

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan memberikan tempat sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada calon-calon daripada Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Presiden UMNO itu berkata Makkal Sakti akan diberikan peluang untuk bertanding setelah diminta oleh parti itu dan atas kesetiaan […]

» Read more

Pengunjung Ke Langkawi Dinasihat Patuh SOP, Elak Peningkatan Kes Covid – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Kementerian Kesihatan (KKM) mengingatkan semua bakal pengunjung ke Pulau Langkawi, Kedah di bawah projek rintis gelembung pelancongan domestik agar sentiasa mengamalkan norma baharu dan kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Dalam usaha mengimbangi antara nyawa dan kelangsungan hidup serta ekonomi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru semua pihak bersama-sama memainkan peranan […]

» Read more

Enakmen Lompat Parti Perlu Dilaksanakan, Utamakan Kebajikan Rakyat – Mohamad

SEREMBAN, 6 Sept – Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau) berpandangan sudah tiba masanya untuk Akta Anti Lompat Parti dilaksanakan di negeri berkenaan. Jelas Mohamad tidak menjadi masalah untuk Negeri Sembilan menguatkuasakan undang-undang tersebut meskipun di peringkat Parlimen tidak dilaksanakan lagi. “Saya bersetuju dengan Loke Siew Fook (PH-Chennah) kalau boleh kita buat resolusi dalam dewan yang mulia […]

» Read more

Kepimpinan Pakatan Harapan Celaru? – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mengucapkan “syabas” atas keprihatinan Pakatan Harapan Selangor terutamanya Pengerusi PH Selangor yang telah bermesyuarat bersama rakan komponen lain setelah beberapa hari membisu ekoran terbongkarnya penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) secara senyap-senyap pada bulan Mei 2021. Jelasnya, dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu, Pengerusi PH Selangor yang kebetulan […]

» Read more

COVID-19: Pesakit Kategori 3 Ada Rekod Komobid Dimasukkan Ke Hospital, PKRC – Khairy

TAMPIN, 4 Sept – Pesakit COVID-19 kategori tiga yang mempunyai rekod komobid akan dimasukkan ke hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) bagi mendapat rawatan serta pemantauan daripada doktor dan petugas kesihatan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata bagi kes tertentu seperti melibatkan wanita hamil, warga emas dan keadaan rumah pesakit COVID-19 yang tidak sesuai untuk […]

» Read more

Melawat Hospital Tampin

TAMPIN 4hb Sept — Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin melawat Hospital Tampin dan mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam pelaksanaan PICK di Negeri Sembilan yang telah beralih ke fasa 3 PPN.Beliau turut menyampaikan 1,500 PPE dan 10,000 botol air mineral untuk petugas barisan hadapan di Hospital Tampin dan PPV Gemencheh sumbangan Pejabat Menteri Kesihatan dan Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) […]

» Read more
1 120 121 122 123 124 158