Pemuda UMNO Seluruh Negara Gerakkan Jentera Bantu Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengarahkan Pemuda UMNO bahagian seluruh negara terutama di kawasan yang berhadapan bencana banjir untuk menggerakan jentera bagi membantu mangsa yang terjejas. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau berkata Pemuda UMNO Malaysia juga akan turun ke Terengganu dan Kelantan bagi meringankan beban mangsa dan […]

» Read more

Program Pembangunan Bola Sepak Di Negeri Sembilan Terus Diperkasakan – Mustapha Nagoor

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Program Pembangunan Bola Sepak di Negeri Sembilan secara umumnya telah dilaksanakan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan dengan kerjasama pelbagai agensi antaranya Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Majlis Sukan Negeri serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Exco Pembangunan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Mustapha Nagoor berkata satu jawatankuasa telah ditubuhkan melibatkan wakil-wakil dari Negeri Sembilan […]

» Read more

Kerajaan Negeri Sembilan Terus Fokus Bangunkan Kawasan Luar Bandar – Jalaluddin

SEREMBAN, 26 Nov – Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata Kerajaan Negeri sentiasa memberikan fokus dan tumpuan dalam usaha membangunkan kawasan luar bandar di  negeri tersebut dan buat masa ini, lebih kurang 77 peratus keluasan Negeri Sembilan adalah di bawah kategori luar bandar. Jelas beliau pada sesi soal jawab lisan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri […]

» Read more

Belanjawan Negeri Sembilan 2025 Strategi Penting Setelah Dua Tahun Kerajaan Perpaduan – Mohd Zaidy

JEMPOL, 21 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, menganggap Belanjawan Negeri Sembilan 2025 yang akan dibentangkan esok sebagai langkah strategik yang sangat penting, terutamanya setelah dua tahun Kerajaan Perpaduan berusaha memulihkan negara pasca-pandemik dan menstabilkan ekonomi. Beliau percaya bahawa belanjawan ini adalah komitmen kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri berjalan […]

» Read more

Mohamad Hasan Santuni Pelajar Negeri Sembilan Di Kaherah

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memanfaatkan keberadaan di Kaherah sempena Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab dengan menyantuni para pelajar Negeri Sembilan. Diadakan di Rumah Negeri Sembilan, peluang tersebut dimanfaat oleh para pelajar bagi beramah mesra dengan Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO. Pertemuan tersebut menyaksikan pelbagai perkara disentuh termasuk pesanan Mohamad yang berharap para pelajar […]

» Read more

Para SUKMA: Kerajaan Negeri Pahang Naikkan Insentif Pemenang Pingat Emas

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk menaikkan insentif para pemenang pingat emas yang telah menyertai Para SUKMA 2024, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, atlet Para SUKMA Pahang telah berjaya memperoleh 29 pingat dengan 15 daripadanya emas, lima perak dan sembilan gangsa serta menduduki […]

» Read more

UMNO Sinonim Santuni Rakyat Hingga Ke Akar Umbi, Kukuhkan Silaturahim

KLUANG, 26 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata menyantuni rakyat hingga ke akar umbi sudah sinonim dengan dengan gerak kerja dan khidmat bakti UMNO. Mendepani Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor itu berharap jentera terus mengadakan ziarah rumah ke rumah agar silaturahim yang terjalin […]

» Read more

Jentera Bahagian, Negeri Angkat Kekuatan UMNO/BN Hadapi PRK Mahkota – Ahmad Maslan

KLUANG, 24 Sept – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan merakamkan penghargaan kepada keseluruhan jentera UMNO/Barisan Nasional (BN) yang bertungkus lumus melaksanakan gerak kerja pada kempen kali ini. Katanya, ini termasuk bahagian-bahagian dan negeri angkat yang ditempatkan di keseluruhan pusat daerah mengundi (PDM). “Kami amat menghargai dan mudah-mudahan dengan pemantapan jentera yang berlapis-lapis ini, kita akan dapat […]

» Read more
1 10 11 12 13 14 175