PRN Melaka: Tarikh Mengundi 20 Nov, Penamaan Calon 8 Nov

MELAKA, 18 Okt – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 Nov sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan ditetapkan pada 8 Nov manakala pengundian awal pada 16 Nov. Pengumuman itu dibuat Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung pilihan raya negeri itu di […]

» Read more

Hari Terakhir Pidato Piala Presiden UMNO 2021, Hujahan Bernas Pemidato Meneruskan Rentak

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Hari terakhir Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2021 meneruskan rentaknya dengan pelbagai gaya peserta yang beraksi hari ini. Memberikan lontaran perbahasan yang bernas serta berfakta, masing-masing sebaik mungkin menunjukkan keyakinan yang tinggi untuk merebut juara bagi sesi tahun ini. Pemidato dari Pahang, Nurul Aini Mohd Shah memilih untuk mengenakan pakaian songket, beliau memilih tajuk ‘Jenama […]

» Read more

Pelbagai Gelagat, Gaya Pemidato Hiasi Hari Pertama Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2021

KUALA LUMPUR, 16 Okt– Pelbagai gelagat dan pelbagai celoteh daripada pemidato menghiasi hari pertama Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2021 yang bermula hari ini dengan masing-masing cuba memikat hati para juri. Bukan sahaja dengan fakta serta lontaran idea malah masing-masing turut mempamerkan kelainan dengan menggayakan pakaian ketika berada di pentas sama ada pakaian tradisional mahu pun fesyen terkini. Namun paling […]

» Read more

Pidato Piala Presiden: UMNO Buka Ruang Untuk Anak Muda, Jangan Beri Persepsi Dan Hukum Parti

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2021 yang membuka tirainya hari ini dengan membariskan 39 orang peserta mewakili negeri dari seluruh negara dianggap sebagai ruang terbaik memberi penjelasan kepada orang ramai berkaitan parti. Wakil Peserta UMNO Pahang, Nabil Fiqri Nor Azmi berpandangan anak-anak muda haruslah mencari ruang dan peluang untuk mendekatkan diri kepada UMNO. Jelasnya, pendekatan […]

» Read more

Pidato Piala Presiden UMNO Medium Terbaik Beri Penerangan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan berpidato merupakan salah satu medium terbaik untuk mengasah minda dan memberi penerangan kepada rakyat. Jelas beliau, pidato juga memainkan peranan penting dalam usaha mendekati rakyat terutama sekali menuju ke arah Pilihan Raya Umum ke-15 iaitu sejumlah 5.8 juta pengundi berumur 18 tahun direkodkan. “Gunakanlah kaedah berpidato ini […]

» Read more

PRN Melaka: Jentera Mula Digerakkan Sementara Tunggu Pengumuman Rasmi SPR

MASJID TANAH, 16 Okt – UMNO Bahagian Masjid Tanah telah mula mengerakkan jenteranya sehingga ke peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) biarpun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan membuat pengumuman mengenai Pilihan raya Negeri (PRN) Melaka Isnin ini. Ketuanya Datuk Seri Ab Raof Yusoh berkata pihaknya mengambil langkah sedemikian sebagai persediaan bagi memastikan kelancaran di semua peringkat sekiranya SPR mengumumkan PRN […]

» Read more

Lembah Klang, Melaka Beralih Ke Fasa Empat Isnin Ini

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor serta Melaka akan beralih daripada Fasa Tiga kepada Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Isnin ini (18 Okt). Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah pula akan beralih daripada Fasa Dua kepada Fasa Tiga berkuat kuasa tarikh sama. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam […]

» Read more
1 77 78 79 80 81 269