Cukuplah PH, PN Cari Alasan Kalah PRN Melaka, Boleh Buktikan Di PRN Sarawak

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Cukuplah Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) mencari alasan kerana kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, maka buktikan pula di PRN Sarawak.

Demikian tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berikutan masih wujud polemik berkaitan kekalahan PH dan PN dalam PRN Melaka pada 20 Nov lalu.

“Lagi pun PH dan PN memang wujud di Sarawak. UMNO sudah tentu tidak akan bertanding di Sarawak. UMNO serah pada kebijaksanaan orang Sarawak. Bila parti dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) keluar BN, UMNO kekal tidak masuk Sarawak,” ujarnya.

Jelasnya, pada zaman BN, hanya parti komponan dari Sarawak seperti PBB dan SUPP sahaja yang bertanding.

“UMNO tidak kacau. PN bolehlah buat ‘inroad’ di Sarawak macam di Melaka. Tetapi Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah kata PN harus belajar dari UMNO ataupun parti lain belajar daripada UMNO dan jangan pecah-belahkan mereka.

“Menurut Karim, GPS bukan sebahagian dalam PN. GPS hanya mesra PN. GPS dan PN jadi rakan dalam kerajaan Pusat demi kerajaan yang stabil.

“PH apa lagi Dap tidak akan mengalah. Rakyat Sarawak jangan lupa, kerenah Kerajaan PH punca projek Pan Borneo terlewat siap.”

Beliau berkata demikian yang turut mengimbas bahawa semalam jalan Pan Borneo Simpang Bintangor-Julau dirasmikan.

“Itu kejujuran dan kejayaan BN. Mari sokong GPS,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.