Barisan Nasional Lancar Manifesto PRN Johor 1 Mac – Ahmad Maslan

JOHOR BAHRU, 26 Feb – Barisan Nasional (BN) akan melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 1 Mac depan, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata manifesto tersebut bertemakan kestabilan masa depan negeri Johor. “Sebagaimana yang sudah kita lihat di mana tema manifesto kestabilan masa depan, kita tidak hendak merahsiakannya kerana kestabilan demi kemakmuran telah […]

» Read more

PRN Johor Bawa Cabaran Berbeza, BN Kerja Keras Menangi Hati Rakyat – Shamsul Anuar

JOHOR BAHRU, 25 Feb – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berpandangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung memberikan cabaran yang berbeza kepada parti. Katanya, meskipun BN baru sahaja menang pada PRN Melaka pada Nov lalu namun ianya tidak memberi kayu ukur kepada parti gabungan ini untuk tidak bekerja keras bagi memenangi hati […]

» Read more

PRN: Gunakan Media Sosial Lawan Fitnah Parti Lawan – Ahmad Maslan

JOHOR BAHRU, 25 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berharap penggunaan media sosial jentera Barisan Nasional (BN) dapat dimaksimumkan ketika tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Katanya ini kerana ianya bagi melawan serangan serta tohmahan parti lawan yang sengaja menaburkan pelbagai dakwaan tidak berasas kepada parti dan kepimpinan sebagai bahan kempen politik. “Kita kena balas dalam […]

» Read more

Pilih Calon Puteri, Kepercayaan Pimpinan Suatu Penghargaan – Zahida

zahida

JOHOR BAHRU, 24 Feb – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan meluahkan penghargaan kepada kepimpinan tertinggi parti yang memberi peluang kepada calon Puteri untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. Beliau juga turut menjanjikan bahawa jentera Puteri akan melaksanakan kempen dengan sebaik mungkin bagi memberi kemenangan kepada calon sekaligus memastikan Barisan Nasional (BN) berupaya […]

» Read more

Senarai Calon BN PRN Johor Diumumkan Hari Ini, Sedia Masuk Gelanggang

JOHOR BAHRU, 24 Feb – Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan senarai calon yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Mac depan. Majlis pengumuman itu akan diadakan di Bangunan UMNO Negeri pada pukul 10 pagi. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad serta pimpinan rakan-rakan […]

» Read more

PRN: Calon Wanita Main Peranan Tarik Pengundi, Pastikan Sokongan Rakyat Berterusan

JOHOR BAHRU, 23 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Rosni Sohar berpandangan penambahan calon wanita terutama 30 peratus bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor memainkan peranan untuk menarik sokongan pengundi kaum ini. Katanya ini kerana jumlah komposisi pengundi wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki bukan sahaja di negeri ini malah di seluruh negara. “Perkara ini bersesuaian dengan komitmen […]

» Read more

Anak Muda Pilih BN, Mahu Kestabilan Dan Kemakmuran Johor

JOHOR BAHRU, 22 Feb – Presiden Ikatan Anak Mersing, Muhammad Syukri Ibrahim berpandangan rakyat khususnya golongan muda semakin matang dalam menilai pengalaman ketika berada dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). Katanya, kesedaran itu sekaligus meningkatkan gelombang sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) untuk memastikan Johor terus ditadbir oleh parti gabungan ini menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada […]

» Read more
1 217 218 219 220 221 303