UMNO Diseru ‘Buka Gelanggang’ Pemilihan, Tawar Semua Jawatan

KUALA LUMPUR, 12 Jan – UMNO diharapkan akan mempertandingkan semua jawatan dalam parti itu sewaktu pemilihan yang perlu diadakan selewat-lewatnya Mei ini. Ketika sesi perbahasan sewaktu Perhimpunan Agung Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO hari ini, beberapa perwakilan mahu ‘gelanggang’ pemilihan dibuka dan berpendapat pertandingan itu merupakan amalan demokrasi yang perlu diteruskan. Jurucakap Pemuda UMNO Melaka Fairul Nizam Roslan ketika melontarkan […]

» Read more

Jadikan Amanat Timbalan Presiden Azimat… UMNO Perlu Berubah Dan Bermuhasabah – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap agar para perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) menjadikan amanat Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan sewaktu merasmikan persidangan perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sebagai satu azimat. Jelasnya, UMNO perlu berubah dan bermuhasabah terutama sekali apabila berhadapan dengan […]

» Read more

PAU 2022 Platform Terbaik Cari Solusi, Kesepakatan Bagi UMNO – Puteri UMNO Lipis

KUANTAN, 12 Jan – Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Lipis berpandangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 ini merupakan platform terbaik kepada parti dalam mencari solusi dan formula terbaik dalam memberikan nafas baharu kepada UMNO. Ketuanya Norlisa Khalimi, berkata ini penting terutama selepas UMNO melalui fasa mencabar selepas Pilihan Raya Umum (PRU)15 yang lalu namun berbekalkan semangat membela nasib rakyat UMNO berlapang […]

» Read more

Persidangan UMNO Bawa Agenda Baharu Dalam Penyatuan, Dukung Institusi Parti – Tengku Haphiz

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 pada kali ini merupakan medan muhasabah terbaik untuk membawa agenda baharu untuk parti selepas menghadapi kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera berpendapat, ahli dan akar umbi perlu menerima kekalahan tersebut dengan hati yang terbuka serta bersatu padu. “PAU kali […]

» Read more

Persidangan UMNO Medan Perwakilan Bersatu Hati, Bangkit Semula – Masliha

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada tahun ini seharusnya menjadi medan untuk bersatu hati, membuang segala sengketa dan terus bangkit semula demi perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air (ABATA). Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun berkata, UMNO/Barisan Nasional (BN) akur dan menerima keputusan yang dizahirkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dengan hati terbuka […]

» Read more

Perbahasan Jurucakap Akan Bermula Selepas Perhimpunan Agung Khas – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Pengerusi Jawatankuasa Usul UMNO dan Jurucakap Negeri-negeri bagi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengharapkan agar jurucakap negeri dan sayap dapat memberikan pendapat yang bernas ketika perbahasan.  Mahdzir yang juga Naib Presiden UMNO menjelaskan persidangan ini akan bermula selepas diadakan Perhimpunan Agung Khas UMNO. “Persidangan perwakilan UMNO di peringkat tertinggi, jurucakap akan […]

» Read more

Ahli UMNO Harus ‘Move Forward’ Dan Bangkit Semula – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 10 Jan – UMNO sebagai parti politik perlu bangkit semula dan paling penting adalah cara bagaimana untuk boleh bangun kembali.  Demikian tegasnya Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Pertahanan.  Beliau mengharapkan agar ahli parti terus pandang ke hadapan dan memastikan UMNO terus bangkit. “Kita sebagai parti yang kalah dalam pilihan raya, jadi jangan lupa […]

» Read more

Perhimpunan Agung UMNO 2022: Masa Untuk Muhasabah

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang akan membuka tirainya esok menjadi platform terbaik buat parti itu untuk membuat perancangan segera bagi bergerak ke hadapan susulan prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Perhimpunan kali ini juga dilihat penting untuk mencerminkan bagaimana parti politik terbesar Melayu itu menyelesaikan semua perkara yang berhubung kait dengan isu dalaman […]

» Read more

UMNO Sabah Sokong Tubuh Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyokong penuh cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar diwujudkan satu Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah yang melibatkan seluruh parti politik di negeri itu. Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri yakin dan percaya melalui Kerajaan Perpaduan ini ia mampu meredakan suhu politik dan seterusnya menstabilkan […]

» Read more

Presiden UMNO Tegaskan Usah Layani Kehendak Gunting Dalam Lipatan

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Agenda memperkukuh semula UMNO perlu diutamakan setelah ‘terpukul’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berbanding melayani kehendak individu yang bersifat ‘gunting dalam lipatan,’ kata Presiden parti itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan paling buruk dalam sejarah politiknya apabila hanya memenangi 30 daripada 178 kerusi yang ditandingi pada […]

» Read more
1 29 30 31 32 33 281