Tidak Wajar Guna Wang Rakyat Untuk Manfaat Swasta – Suraya

ALOR SETAR 7 Feb – Langkah Kementerian Kewangan menyalurkan peruntukan sebanyak RM12 juta untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina melalui sumber kementerian tersebut baru-baru ini, adalah tidak wajar kerana menggunakan wang rakyat untuk manfaat pihak swasta. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob berkata, sedangkan pada masa sama, masih banyak sekolah di kawasan-kawasan luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak yang […]

» Read more

Sultan Abdullah Lafaz Sumpah Jawatan Yang Di-Pertuan Agong Ke-16

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini. Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Baginda berdua dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja […]

» Read more

Pahang Umum Cuti Peristiwa Esok

KUANTAN, 30 Jan – Pahang mengumumkan cuti peristiwa esok, (31 Jan) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri hari ini setelah mendapat perkenan Sultan […]

» Read more

Tengku Hassanal Azam Cemerlang Seperti Ayahanda

PEKAN, 29 Jan -Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang hari ini dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang, berazam untuk mencapai kecemerlangan seperti mana ayahanda baginda dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negeri ini. Tengku Hassanal dalam titahnya mengakui ayahanda baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahdan dan nenda Sultan Ahmad Shah telah meletakkan penanda aras yang tinggi semasa bergelar […]

» Read more

Tunku Azizah: Pelantikan Tengku Ampuan Pahang Selepas 31 Tahun

PEKAN, 29 Jan – Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar hari ini dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang yang baharu, selepas kali terakhir gelaran itu disandang 31 tahun lepas. Pemasyhuran Tunku Azizah disempurnakan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Pelantikan dan Pemasyhuran Tengku Ampuan Pahang yang berlangsung penuh istiadat di Balairung Seri, […]

» Read more

Kemenangan BN Di Cameron Highlands Permulaan Penolakan Rakyat – Khaled

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) di Cameron Highlands adalah permulaan penolakan yang jelas terhadap Pakatan Harapan selain menunjukkan rakyat Malaysia kini mula menunjukkan rasa dan pendirian tegas mereka terhadap prestasi Pakatan Harapan yang teruk. Menurut beliau di sebalik kehadiran pemimpin besar Pakatan Harapan termasuk Perdana Menteri, masyarakat […]

» Read more

PRK Cameron Highlands: Pusat Pengundian Dibuka Bermula Pukul 8 Pagi, DUN Tanah Rata Dianjakkan Waktu Tutup

JELAI, 26 Jan – Setelah 14 hari berkempen dengan pelbagai gaya dan corak yang dipamerkan dari kesemua parti yang bertanding, hari ini adalah hari penentuan siapa yang akan dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands. Kesemua pusat pengundian dibuka bermula pada pukul 8 pagi dan ditutup seawal jam 1 petang terutama di pusat-pusat pengundian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai […]

» Read more

Salahlaku Dan Salahguna Kuasa Menteri Kewangan, Ketua Hakim, Peguam Negara Dan Ketua Pesuruhjaya SPRM?

TANAH RATA, 25 Jan – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam telah membuat laporan polis terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum; Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull berikutan salahlaku dan salahguna kuasa. Katanya, laporan ini dibuat bagi meminta pihak PDRM menyiasat kesemua perkara yang diyakini […]

» Read more

Sultan Pahang Dipilih Agong Ke-16, Sultan Nazrin Kekal Timbalan

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah hari ini dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019. Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara hari ini. Baginda menggantikan Sultan Muhammad […]

» Read more

Bekalan Air Bersih: Kesejahteraan Rakyat Bukan Tanggungjawab Kerajaan Negeri Semata-mata

JELAI, 24 Jan – Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman dengan tegas mengatakan bahawa perkara-perkara yang melibatkan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat bukan semata-mata terletak di bawah tanggungan kerajaan negeri. Jelasnya, ini termasuklah isu bekalan air bersih di mana masih ramai di kalangan rakyat menganggap bidang kuasa tersebut secara total terletak di bawah kerajaan negeri. “Tetapinya kita […]

» Read more
1 271 272 273 274 275 286