Perlu Pindaan Akta Untuk Naikkan Kompaun

JOHOR BAHRU, 30 Ogos – Kerajaan perlu membuat pindaan terhadap dua akta jika ingin meneruskan cadangan untuk menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan ingkar peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dua akta itu adalah Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388) dan Akta 342 itu […]

» Baca lanjut

Kerajaan Letak ‘Prihatin Rakyat Sebagai Prinsip Utama Bela Rakyat

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Kerajaan Perikatan Nasional akan menjadikan ‘Prihatin Rakyat’ sebagai prinsip panduan utama dalam membela nasib dan mengutamakan kebajikan rakyat, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata prinsip ini telah pun diterjemahkan dalam pakej-pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan sebelum ini. “Insya-Allah, prinsip Prihatin Rakyat juga akan diterjemahkan dalam Belanjawan 2021 dan apa jua dasar, […]

» Baca lanjut

PDRM Tahan 79 Individu Ingkar Arahan PKPP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Meskipun sudah 81 hari negara berada di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), masih ada individu yang melanggar arahan itu dengan 79 orang ditahan atas kesalahan tersebut semalam. Dalam kenyataannya mengenai perkembangan PKPP hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, 51 dikompaun manakala 28 lagi direman. […]

» Baca lanjut

Kenaikan Kompaun: KKM Akan Dapatkan Maklum Balas Masyarakat

KOTA TINGGI, 29 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan maklum balas masyarakat sebelum meneruskan langkah seterusnya berhubung cadangan menaikkan kadar kompaun bagi pelanggaran Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ini berikutan ada pihak yang meminta agar kadar kompaun sedia ada dikurangkan bagi memastikan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah, tidak terbeban. “Kementerian […]

» Baca lanjut

PKPP Dilanjutkan Sehingga 31 Dis – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadual berakhir Isnin ini dilanjutkan sehingga 31 Dis depan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurutnya, dengan pelanjutan tempoh PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342 masih boleh diambil. “Ini adalah untuk memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) […]

» Baca lanjut

Pembukaan Semula Sempadan Negara Perkara Terakhir Dilihat Bagi Kekang Penularan Covid-19 Baru

PUTRAJAYA, 28 Ogos – Pembukaan semula pintu sempadan negara kepada pelancong asing adalah perkara terakhir yang dilihat kerajaan untuk terus mengekang penularan wabak COVID-19 dan kes baharu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya kerajaan sebelum ini sedang meneliti rayuan untuk kemasukan tukang masak dari Thailand dan pembantu rumah dari Indonesia, namun perkara itu ditangguh buat […]

» Baca lanjut

5,838 Permohonan Diluluskan Melalui TBRS Setakat 14 Ogos – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Sebanyak 5,838 permohonan berjumlah RM40.73 juta telah diluluskan melalui Skim Pemulihan Perniagaan Tekun (TBRS) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) setakat 14 Ogos, 2020, meningkat daripada 3,459 permohonan pada minggu sebelumnya. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM22.05 juta telah disalurkan dan dimanfaatkan oleh 3,053 perusahaan […]

» Baca lanjut

Cadangan Luaskan Lawasan ESSCom Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Cadangan untuk meluas atau melanjutkan perintah berkurung di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) ke laut terbuka, antara perkara yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, isu itu terkandung dalam sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang diajukan Datuk Zakaria Mohd Edris (Bersatu-Libaran), memandangkan kes […]

» Baca lanjut

Realiti Kehidupan Miskin Bandar Semasa PKP

LAPORAN terkini Families on the Edge (Siri Ogos 2020) yang diterbitkan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) adalah penting untuk memahami realiti kehidupan miskin bandar semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Merujuk kepada laporan tersebut, keluarga berpendapatan rendah amat terjejas dengan realiti tersebut. Statistik menunjukkan bahawa 1 daripada 4 ketua […]

» Baca lanjut
1 217 218 219 220 221 279