Bajet Sudah Diluluskan, Darurat Sudah Diperkenankan… Wajar Dipermudahkan i-Sinar KWSP

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa kerajaan untuk menyegera dan mempermudahkan skim i-Sinar yang melibatkan pengeluaran dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). “Bajet sudah diluluskan; darurat sudah diperkenankan; maka wajarlah jika disegera DAN dipermudahkan pula BPN, i-Sinar KWSP tanpa Syarat dan Lanjutan Moratorium!” Demikian tulis beliau menerusi laman facebooknya […]

» Read more

Darurat Bukan Rampasan Kuasa Tentera, Kerajaan Awam Berfungsi Seperti Biasa

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan Pengisytiharan Proklamasi Darurat bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera, malah sepanjang tempoh itu kerajaan awam akan terus berfungsi seperti biasa termasuk dalam membendung penularan pandemik COVID-19. Perdana Menteri berkata perintah berkurung tidak akan dilaksanakan sepanjang tempoh darurat dan jentera pentadbiran serta perkhidmatan awam kerajaan persekutuan dan negeri tidak akan terganggu […]

» Read more

PKP 2.0 Langkah Terpaksa Diambil Kerajaan, Tapi Harus Disertakan Bantuan Sewajarnya

1. Saya mengambil maklum pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri perutusan khas yang dibuat pada petang semalam. Walaupun ianya agak sukar diterima oleh rakyat, tapi sama ada suka atau tidak, saya bersetuju dengan langkah kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ini. 2. Saya percaya langkah ini terpaksa diambil bagi memutuskan rangkaian Covid-19 ini dalam konumiti kita, kerana kita pernah […]

» Read more

PKP 14 Hari Di Enam Negeri Mulai Rabu

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri – Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah – untuk tempoh 14 hari bermula Rabu (13 Jan) hingga 26 Jan. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata enam lagi negeri – Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu […]

» Read more

Tidak Perlu Panik, Kerajaan Beri Masa Rakyat Bersedia – Ismail Sabri

BERA, 9 Jan – Kerajaan akan memberi tempoh secukupnya untuk rakyat bersedia sebelum melaksanakan sebarang tindakan mengawal jangkitan COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau menasihati rakyat agar tidak membuat pembelian panik berikutan adanya spekulasi kerajaan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Katanya, rakyat […]

» Read more

Sumbangan Banjir

KUANTAN, 8 JAN — Menteri Besar Pahang menerima kunjung hormat Pengerusi, Tenaga Nasional Berhad (TNB), YH Dato’ Sri DiRaja Mahdzir Khalid yang turut menyerahkan sumbangan TNB sebanyak RM250,000 untuk Tabung Khas Bencana Banjir Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang.

» Read more

JKJAV Perhalusi Pelan Pemberian Vaksin COVID-19

PUTRAJAYA, 8 Jan – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sedang memperhalusi Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19 iaitu pelan pemberian vaksin yang akan diperoleh kepada penduduk Malaysia. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat JKJAV yang dipengerusikannya bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, di sini petang semalam. Dr Adham melalui hantaran […]

» Read more

ATM Bina Jambatan Sementara Untuk Penduduk Kampung Lenchar

RAUB, 7 Jan – Penduduk di Kampung Lenchar dan beberapa kawasan sekitar Ulu Dong dekat sini yang terputus hubungan selepas jambatan yang menghubungkan kampung itu dengan Pekan Ulu Dong runtuh, kini boleh menarik nafas lega apabila jambatan sementara dijangka siap dibina malam ini. Satu-satunya jambatan yang menghubungkan penempatan 500 penduduk di kawasan berkenaan runtuh akibat hakisan tanah berikutan arus deras […]

» Read more

Kerajaan Akan Bincang Pemvaksinan Percuma Kepada Pekerja Asing, Ekspatriat

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan membincangkan sama ada pekerja asing dan ekspatriat diberikan pemvaksinan percuma untuk mengekang penularan COVID-19 dengan berkesan. Pengerusi bersama JKAV Khairy Jamaludin berkata kabinet telah mengarahkan jawatankuasa itu mengemukakan syor berkenaan perkara itu dalam beberapa minggu. Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata perbincangan itu […]

» Read more

Ahmad Maslan Sahkan Dilantik Sebagai Setiausaha Agung BN

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) bagi menggantikan Tan Sri Annuar Musa, berkuat kuasa serta merta. Ahmad yang juga Setiausaha Agung UMNO, menjelaskan pelantikannya itu bukan bermakna Annuar dipecat sebaliknya digantikan. “Beliau (Annuar) tidak dipecat, beliau digantikan. Biasanya Setiausaha Agung UMNO ialah Setiausaha Agung BN. Saya kira itu […]

» Read more
1 210 211 212 213 214 284