JKJAV Perhalusi Pelan Pemberian Vaksin COVID-19

PUTRAJAYA, 8 Jan – Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sedang memperhalusi Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19 iaitu pelan pemberian vaksin yang akan diperoleh kepada penduduk Malaysia.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat JKJAV yang dipengerusikannya bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, di sini petang semalam.

Dr Adham melalui hantaran di laman Facebook rasminya berkata mesyuarat turut membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil kerajaan dalam memperoleh vaksin Pfizer-BioNTech, AstraZeneca dan bekalan vaksin daripada COVAX.

Sebelum ini, Khairy dilapor berkata Pelan Vaksinasi Kebangsaan yang dijadual bermula Februari, akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin ini, sebelum dibentangkan kepada kabinet pada hari Rabu. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.