Tiada Rancangan Bina Taman Tema Di Cameron Highlands – MB

KUANTAN, 21 Sept – Kerajaan Pahang tidak pernah menerima permohonan rasmi atau mengadakan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak bagi membina sebuah taman tema di Cameron Highlands, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata dakwaan yang tersebar menerusi media sosial kononnya sebuah taman tema akan dibina di kawasan itu adalah tidak benar, dan beliau meminta semua pihak […]

» Read more

KWSP Beri Komitmen Mudahkan Pengeluaran i-Citra – Asyraf

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan komitmen untuk memudahkan urusan pengeluaran i-Citra bagi membantu mengurangkan bebanan pencarum ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19. Jelas Asyraf, Ketua Pengarah Eksekutif Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyatakan beliau akan membawa isu ini untuk dipertimbangkan kelulusan daripada Menteri Kewangan […]

» Read more

Laksanakan Lima Resolusi Gig-Ekonomi, Jadikan Malaysia Revolusi Perlindungan Pekerja – Mohd Fadzil

ALOR SETAR, 21 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah menyokong langkah Pemuda UMNO Malaysia yang memperjuangkan nasib pemandu p-hailing dan e-hailing yang selama ini tidak wujud kepedulian mana-mana pihak mahupun usaha bagi melindungi hak-hak mereka. Ketuanya, Mohd Fadzil Zolkifli berkata, lima resolusi yang dibawa Pemuda UMNO Malaysia itu adalah perintis bagi kerajaan merevolusikan pembaharuan sektor pekerjaan negara dan boleh menjadi […]

» Read more

Rentas Negeri Tidak Termasuk Dalam Pengurangan SOP

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Kebenaran merentas negeri tidak termasuk dalam senarai pengurangan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Hishammuddin berkata keputusan berkaitan kebenaran merentas negeri perlu diteliti oleh Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Rentas negeri ada kaitan dengan fasa-fasa dalam […]

» Read more

COVID: 78.8 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Vaksinasi COVID-19 Setakat Semalam

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Seramai 18,453,322 individu atau 78.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV). Menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini JKJAV memaklumkan setakat semalam, 93.3 peratus atau 22,001,266 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. […]

» Read more

RMK12: Lebih RM9 Billion Peruntukan Pembangunan Untuk Sabah, Sarawak – PM

KOTA KINABALU, 16 Sept – Kerajaan memperuntukkan RM4.66 bilion bagi Sabah, dan RM4.47 bilion untuk Sarawak melalui peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata peruntukan pembangunan itu bakal disalur di bawah Rolling Plan Pertama 2021, RMK12, yang akan dibentangkan di Parlimen 27 Sept ini, dan merupakan yang tertinggi berbanding negeri […]

» Read more

Tabika, Taska, Pusat Jagaan Harian Dibenarkan Beroperasi Di Negeri Fasa Satu, Dua PPN – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Tabika, taska, tadika, pusat jagaan harian serta pusat perkembangan minda untuk anak-anak yang ibu bapanya bekerja dibenarkan beroperasi di negeri Fasa Satu dan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 17 Sept. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang hari ini bersetuju untuk memberi […]

» Read more

Kedai Fotografi, Barangan Terpakai, Kedai Bunga Di Negeri Fasa Satu PPN Dibenar Beroperasi 17 Sept – PM

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Kedai barang fotografi, kedai barangan terpakai, kedai bunga atau nurseri, kedai kraftangan dan cenderahati dibenarkan beroperasi di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Jumaat ini. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang memberi kelonggaran bagi sektor pekerjaan/ekonomi. Beliau berkata turut dibenarkan beroperasi […]

» Read more

KKM Pertimbang Doktor Kontrak Lanjut Pelajaran Peringkat Pakar Setara Hadiah Latihan Persekutuan

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan agar pegawai perubatan kontrak mendapat peluang melanjutkan pelajaran kepakaran ke peringkat Sarjana melalui kemudahan setara dengan Hadiah Latihan Persekutuan, sama seperti pegawai perubatan tetap. Menterinya Khairy Jamaluddin berkata ia merupakan antara langkah untuk menjamin masa depan pegawai perubatan kontak selain melihat kepada tempoh kontrak yang diberikan kepada mereka. “Hadiah Latihan […]

» Read more

KKM Sasar Nisbah Katil Hospital 2.08 Kepada 1,000 Penduduk Pada Akhir RMK12

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan nisbah 2.08 katil hospital bagi 1,000 penduduk menjelang akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pada 2020 iaitu tahun akhir RMK11, nisbah 2.01 katil dicapai dengan bilangan katil meningkat daripada 55,952 pada 2016 kepada 65,508 katil pada 2020. “Bagi mencapai sasaran yang ditetapkan, […]

» Read more
1 187 188 189 190 191 284