Kerjasama Asean Dalam Bidang Ketenteraan Boleh Jamin Keselamatan Rantau – Hishammuddin

  KUALA LUMPUR, 5 Okt – Kerjasama ASEAN yang kukuh dalam bidang ketenteraan boleh menjamin keselamatan dan kestabilan rantau itu daripada sebarang ancaman luar. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tidak boleh dinafikan gabungan tentera 10 negara dalam ASEAN ini dilihat lebih berkemampuan untuk berdepan kuasa besar berbanding kekuatan hanya sebuah negara. Perkara sama katanya, dibangkitkan Menteri Pertahanan […]

» Read more

DUN Melaka Bubar, Beri Laluan Pilihan Raya Negeri Diadakan – Speaker

MELAKA, 5 Okt – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Okt, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan. Speaker DUN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam telah membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan DUN susulan nasihat daripada Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali semalam. Ab Rauf […]

» Read more

RMK-12 Diharap Kembalikan Semula Populasi ‘Diamond Society’ – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) mampu mengembalikan semula penstrukturan semula masyarakat yang berubah sejak serangan pandemik COVID-19. Katanya ini termasuk konsep diamond society iaitu ianya membentuk populasi golongan pertengahan lebih ramai berbanding yang lain. “Menyentuh berkenaan penstrukturan semula masyarakat kita semua sedia maklum kesan besar […]

» Read more

Beri Sabah Kuasa Autonomi Urus Dana Pembangunan Ekonomi – Bung Moktar

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Sabah perlu diberi autonomi bagi mengurus sendiri dana ekonomi dan pembangunan khusus untuk negeri itu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi membolehkannya keluar dari status negeri miskin di negara ini. Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang menegaskan perkara itu dalam sesi perbahasan RMK12 di Dewan Rakyat hari ini, berkata ini memandangkan negeri itu […]

» Read more

Dos Penggalak: Kerajaan Disyor Laksana Kaedah Guna Vaksin Berbeza Dos Asal – Khairy

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Kerajaan disyor untuk meneruskan dengan heterologous vaccination atau penggunaan vaksin yang berbeza daripada vaksin asal yang diterima oleh seseorang individu, menerusi pemberian dos penggalak bermula bulan ini. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata syor itu dikemukakan Jawatankuasa Kecil Teknikal yang dipengerusikan Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Institut kesihatan Negara (NIH) Dr Kalaiarasu M. Peariasamy kepada Jawatankuasa Khas […]

» Read more

Hisamudin Antara Tiga Angkat Sumpah Sebagai Senator

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Ahli Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Hisamudin Yahaya antara tiga individu mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, di sini hari ini. Beliau adalah lantikan baharu yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa mulai hari ini hingga 3 Okt 2023. Upacara mengangkat sumpah dilakukan di hadapan […]

» Read more

MARA Belanja RM70 Juta Menerusi Misa Untuk Bantu Usahawan Automotif

ALOR SETAR, 3 Okt – Majlis Amanah Rakyat (MARA) sudah membelanjakan kira-kira RM70 juta menerusi MARA Integrated Smart Auto (MISA) bagi membantu usahawan dalam bidang automotif mengembangkan perusahaan sejak ia mula diperkenal pada 2013. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sehingga kini, sebanyak 48 usahawan automotif di seluruh negara sudah mendapat manfaat daripada program itu yang menawarkan […]

» Read more

Belanjawan 2022 Beri Fokus Kepada Rakyat Yang Masih Terkesan Akibat COVID-19 – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Belanjawan 2022 akan memberikan fokus kepada rakyat berikutan masih ramai yang terkesan akibat daripada pandemik COVID-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata walaupun banyak sektor ekonomi sudah dibuka tetapi ada rakyat yang semakin susah berikutan kesan berpanjangan daripada pandemik tersebut serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan pergerakan penuh. “Minggu […]

» Read more

Inti Pati RMK12 Diperhalusi Ahli Parlimen Sepanjang Minggu Ketiga Persidangan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Inti pati rancangan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun menjadi fokus sepanjang minggu ketiga persidangan Dewan Rakyat selepas Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Isnin lepas. Pembentangan Rancangan Malaysia bagi tempoh 2021 sehingga 2025 yang ditangguh beberapa kali sebelum ini, dibahas Ahli-ahli Parlimen sepanjang tiga hari persidangan berlangsung. Ketika […]

» Read more
1 184 185 186 187 188 284