Malaysia Akan Lancar Rangka Kerja ESG Pada Akhir Tahun – Tengku Zafrul

BANGI, 11 April – Kerajaan akan melancarkan rangka kerja bagi standard alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) pada akhir tahun ini untuk membantu peralihan syarikat tempatan kepada tenaga boleh diperbaharui, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata rangka kerja itu akan menumpukan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk membantu mereka […]

» Read more

RISDA Peruntuk RM74.46 Juta Tingkatkan Pendapatan Pekebun Kecil

BATU PAHAT, 10 April – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyediakan peruntukan berjumlah RM74.46 juta bagi usaha meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta kebergantungan kepada hasil selain penanaman getah. Pengerusi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM44.46 juta adalah untuk Program Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Keusahawanan. Beliau berkata baki RM30 juta pula untuk Program Agromakanan, dan kedua-dua bantuan itu akan […]

» Read more

Polemik KWSP: Antara Kehendak Sosial Dan Ekonomi Tidak Boleh Disatukan – Gulam Muzaffar

KUALA LUMPUR, 10 April – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan Gulam Muzaffar Gulam Mustakim berkata kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Ghani berkaitan isu pengeluaran duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuat atas dasar ‘pinjaman’ atau ‘loan’ cukup tegas. Kata beliau yang juga Ketua UMNO Batu, berdasarkan kenyataan tersebut jelas kerajaan tidak boleh menyatukan isu kehendak sosial serta […]

» Read more

BN Mahu Kerajaan Perpaduan Di Sabah Kekal Hingga PRN Akan Datang – Ahmad Zahid

PAPAR, 8 April – UMNO dan Barisan Nasional (BN) mahu Kerajaan Perpaduan di peringkat Kerajaan Negeri Sabah pada masa ini dikekalkan sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang. Presiden UMNO dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata adalah penting untuk membentuk kerjasama erat dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan negeri. Justeru, beliau berkata situasi tenang dalam kalangan […]

» Read more

RM63.75 Juta BKKA Untuk Pekebun Kecil Getah – Ahmad Zahid

PAPAR, 8 April – Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) berjumlah RM63.75 juta kepada 318,642 pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata dengan penyaluran bantuan melalui kementeriannya dan Risda itu, setiap pekebun kecil getah […]

» Read more

PPPNP Tingkatkan Pengeluaran Daging Lembu Halal Tempatan – Saarani

IPOH, 6 April – Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) melalui anak syarikatnya Eurofresh Sdn Bhd akan meningkatkan pengeluaran daging lembu halal tempatan sebagai antara langkah menjamin kelestarian sekuriti makanan negara, terutamanya di Perak. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata inisiatif itu sejajar dengan peranan dimainkan PPPNP selaku antara peneraju dalam bidang sekuriti makanan yang menjadi agenda utama bagi […]

» Read more

Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-kanak Diluluskan Di Dewan Negara

KUALA LUMPUR, 6 April – Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bagi memberikan perlindungan yang lebih meluas kepada golongan itu dalam melalui proses kehakiman. Ia diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibentang untuk bacaan kali ketiga oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said setelah dibahaskan enam Senator. Azalina ketika […]

» Read more

Umat Islam Perlu Pertahan Institusi Masjid Daripada Jadi Gelanggang Politik – Agong

MELAKA, 5 April – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar umat Islam terus mempertahankan institusi masjid daripada menjadi gelanggang politik mana-mana pihak. Seri Paduka bertitah masjid perlu menjadi satu institusi yang cukup suci, mulia dan dihormati sekali gus menjadi contoh kepada agama-agama lain. Kredit gambar: Facebook Unit Fotografi, Jabatan Penerangan Malaysia “Kita tak mahu adanya […]

» Read more

MITI: Tengku Zafrul Yakin Hong Kong Berpotensi Jadi Pintu Masuk Malaysia Ke China

KUALA LUMPUR, 5 April – Hong Kong berpotensi menjadi pintu masuk Malaysia ke Republik China manakala Malaysia berkebolehan menjadi pintu masuk Hong Kong ke ASEAN, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO turut berkata, itu adalah mesej utama beliau semasa dialog khas bersama Malaysian […]

» Read more

Pelan Strategik Perangi Masalah Malpemakanan Kanak-kanak Fokus Lima Teras – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 4 April – Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Malaysia 2023-2030 akan memberi fokus kepada antaranya mengukuhkan tadbir urus kesejahteraan pemakanan melalui perundangan, komitmen politik dan pihak berkepentingan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata itu antara lima teras di bawah pelan itu yang dibincangkan dan diperhalusi dalam mesyuarat Jawatankuasa […]

» Read more
1 138 139 140 141 142 285