Ismail Sabri Saran Pembinaan Litar Drag Diteruskan

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan agar kerajaan ketika ini, menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS), meneruskan pembinaan litar drag di setiap negeri seperti cadangan kerajaan terdahulu yang bernilai RM20 juta. Beliau berkata ia untuk memberi peluang kepada belia membabitkan diri dengan lebih serius dalam sukan permotoran mengikut saluran yang betul. “Pihak […]

» Baca lanjut

Penetapan Mekanisme Bagi Subsidi Bersasar Sudah 75 Peratus Selesai – Ahmad

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Penetapan mekanisme bagi subsidi bersasar telah 75 peratus selesai, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata mekanisme tersebut berkemungkinan akan diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2024 yang dijadualkan pada Oktober depan. “Ia masih lagi diperhalusi. Ia (subsidi bersasar) sudah dimulakan iaitu di Tabung Haji kepada mereka yang menunaikan haji baru-baru ini. (Kumpulan) T20, […]

» Baca lanjut

Perkukuh Parti Masing-Masing Untuk Peroleh Sokongan Pengundi – Ahmad Zahid

GEORGE TOWN, 23 Mei – Parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu memperkukuhkan parti masing-masing bagi memperoleh sokongan daripada ahli serta pengundi-pengundi yang bukan ahli, kata pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri mengingatkan parti-parti komponen di bawah BN iaitu MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) agar terus memperkasa parti masing-masing sebagai teras […]

» Baca lanjut

Peguam Luar Negara Setuju Kes Sulu Penyalahgunaan Proses Arbitrasi – Azalina

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Peguam-peguam luar bersetuju dengan pandangan kerajaan Malaysia bahawa tiada klausa timbang tara dalam Perjanjian 1878 dan kes Sulu adalah satu penyalahgunaan proses arbitrasi. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) merangkap Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau kini berada di Paris bagi mengadakan beberapa perbincangan mengenai Kes Sulu.   […]

» Baca lanjut

19 Parti Dalam Kerajaan Perpaduan Perlu Segerakan Keserasian – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Semua 19 parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menyegerakan keserasian bagi memperkukuhkan lagi hubungan, terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri di enam negeri akan datang. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 yang berlangsung hari ini merupakan platform terbaik untuk menyegerakan keserasian itu. “Mulai hari ini, kita […]

» Baca lanjut

Pengangkutan Awam Yang Efisien, Kurangkan Kesesakan Trafik

PUTRAJAYA, 2 Mei – Perkhidmatan pengangkutan awam mesti digunakan dengan efisien sebagai usaha mengurangkan kesesakan trafik di pusat bandar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata ini termasuk cadangan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menambah jumlah laluan khas bagi perkhidmatan bas serta peluasan kaedah laluan kontra di kawasan terlibat terutamanya di sekitar Lembah Klang. […]

» Baca lanjut

PM Anwar Hadir Ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahmad Zahid Di Sri Satria

PUTRAJAYA, 30 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meluangkan masa menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Sri Satria, di sini, hari ini. Anwar tiba di Sri Satria pada jam 6.20 petang dan disambut Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, serta isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis. Majlis […]

» Baca lanjut

OPS Sudan Selamat Bawa 30 Rakyat Malaysia, 26 Warga Asing Ke Port Sudan – Zambry

PUTRAJAYA, 25 April – Kesemua 30 rakyat Malaysia yang terkandas di Khartoum, Sudan selamat tiba di Port Sudan pada jam 2.07 petang Isnin waktu Sudan (8.07 malam waktu Malaysia) setelah melalui perjalanan 30 jam menempuh jarak 1,233 km. Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam satu kenyataan pada Selasa berkata Pasukan Khas (TF) Ops Sudan Malaysia turut membawa […]

» Baca lanjut

Bung Seru Umat Islam Sambut Aidilfitri Dengan Sederhana Dan Berhemah

KOTA KINABALU, 21 April – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menasihatkan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini secara sederhana dan mengamalkan pengurusan kewangan berhemah. Katanya tidak dinafikan, memasuki fasa peralihan selepas negara dilanda Virus COVID-19 beberapa tahun lepas turut memberikan kegembiraan kepada seluruh umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri pada […]

» Baca lanjut
1 131 132 133 134 135 280