Perak Terima Royalti NR-REE Hampir RM16 Juta Setakat Julai

IPOH, 26 Sept – Projek perintis perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) yang sedang beroperasi di Mukim Kenering, Hulu Perak dengan keluasan 87 hektar berjaya menjana hasil royalti hampir RM16 juta kepada Kerajaan Negeri. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata jumlah tersebut merupakan hasil daripada 10 kali pengeksportan nadir bumi karbonat (REC) ke negara China, setakat Julai lepas. […]

» Read more

Kes Sulu: Malaysia Dalam Proses Batalkan Award Akhir US$14.9 Bilion – Azalina

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Malaysia kini dalam proses membatalkan award akhir US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) yang diberikan oleh penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa dalam kes yang dibawa oleh individu mendakwa sebagai waris Sultan Sulu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata dengan pembatalan ini, perjuangan sekian lama kerajaan Malaysia terhadap […]

» Read more

Lebih Ramai Bukan Bumiputera Diseru Sertai ATM

PORT DICKSON, 23 Sept – Lebih ramai rakyat bukan bumiputera diseru menyertai perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya dalam pasukan tentera darat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata walaupun pelbagai usaha dilakukan termasuk promosi bagi mengalakkan pelbagai kaum bukan bumiputera menyertai ATM, namun jumlah penyertaan masih rendah iaitu sekitar tiga peratus. Katanya dorongan daripada ibu bapa serta […]

» Read more

Penguatkuasaan Bersepadu Op Jamin, Pulihkan Bekalan Beras – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 21 Sept – Penguatkuasaan bersepadu Op Jamin akan diteruskan agar kekurangan bekalan beras negara dapat diatasi segera dan dipulihkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid berkata Op Jamin yang bermula sejak 7 Julai lepas telah melakukan 37 pemeriksaan membabitkan 2,322 premis kilang, borong dan runcit di seluruh negara, dengan 142 aduan diterima melibatkan […]

» Read more

Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang: Mereka Patut Tanya Hamzah Kenapa Tolak Rundingan – Mohd Puad

BATU PAHAT, 21 Sept – Ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) sepatutnya mempersoalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang menolak perundingan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai peruntukan mereka. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, beliau kasihan melihat gelagat Ahli Parlimen PN yang menyuarakan isu tersebut di Dewan Rakyat beberapa hari lalu. […]

» Read more

Segerakan RCI Memoir Tommy Thomas, Tun Mahathir Punca Ketidakstabilan Negara – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Tun Dr Mahathir telah memuat naik satu kenyataan di Facebook beliau mengenai keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Dalam hal ini, Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menganggap bahawa dengan keadaan Tun Mahathir ternyata sangat emosional dan berniat jahat di samping ada beberapa pembuktian komplot dan […]

» Read more

Tujuh Pertimbangan Ditetapkan Berkait RUU Pendanaan Politik – Azalina

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Jemaah Menteri menetapkan tujuh pertimbangan ketetapan dasar berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) pendanaan politik antaranya mewujudkan undang-undang baharu bagi mengawal selia sumbangan politik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Dr Azalina Othman Said berkata, perkara kedua adalah peranan pengawalseliaan dilaksanakan oleh sebuah badan berkanun Persekutuan sebagai entiti bebas dan berkecuali. “Pertimbangan […]

» Read more

Johor Sasar Selesaikan Lima Projek Sakit, Satu Terbengkalai Bernilai RM682.66 Juta Tahun Depan

JOHOR BAHRU, 17 Sept – Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Projek Sakit dan Terbengkalai (JSTP) menyasar untuk menyelesaikan lima projek sakit serta satu projek terbengkalai melibatkan 1,776 unit dengan nilai hartanah RM682.66 juta, tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata JSTP yang merupakan satu jawatankuasa khas menangani isu tersebut, melibatkan Perbadanan Kemajuan Perumahan […]

» Read more

Perbincangan Lanjut SEZ Johor-Singapura Akan Disusuli Persetujuan TOR Bulan Depan

ISKANDAR PUTERI, 14 Sept – Perbincangan lanjut antara Malaysia dan Singapura untuk mewujudkan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura akan disusuli dengan persetujuan terhadap Terma Rujukan (TOR), bulan depan, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Beliau berkata SEZ Johor-Singapura mampu menjadikan Johor seperti bandar Shenzhen di China yang berkembang maju selepas empat dekad menjadi SEZ. “Insya-Allah, pada Oktober ini, semasa […]

» Read more

Shamsul Anuar Bersama Rakyat Rai Jelajah Merdeka Desa Madani

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berbesar hati bersama rakyat sempena Jelajah Merdeka Desa Madani. Berlangsung di Tasek Raban Lenggong ianya dihadiri oleh rakyat setempat bagi menyatakan semangat patriotik mereka sempena Hari Kemerdekaan ke-66 negara. “Saya pulang ke Lenggong selepas beberapa program dan sidang Khas Parlimen […]

» Read more
1 129 130 131 132 133 286