Isu Kedaulatan Batu Puteh: RCI Lebih Bersifat Terbuka

PENAMPANG, 25 Jan – Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan akan membolehkan hasil siasatan bersifat lebih terbuka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, biarpun pasukan petugas khas telah menjalankan semakan undang-undang terhadap kes Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir […]

» Read more

Jemaah Menteri Setuju Tubuh RCI Kaji Pengendalian Kes Batu Puteh

PUTRAJAYA, 24 Jan – Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, kata Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Mohd Zuki Ali. Mohd Zuki yang juga Ketua Setiausaha Negara berkata, penubuhan RCI itu dibuat selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119), yang […]

» Read more

Malaysia Perkukuhkan Tindakan Dalam Menyokong Palestin, Mohamad Ketuai Delegasi Ke Majlis PBB

PUTRAJAYA, 22 Jan – Demi menunjukkan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada Palestin, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berhubung Situasi di Timur Tengah termasuk Isu Palestin di New York, Amerika Syarikat pada esok. Di Majlis Keselamatan PBB, Menteri Luar Negeri […]

» Read more

Kagum Komitmen Peserta Bengkel Pemukiman KKDW 2024

KUALA LUMPUR, 13 Jan – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kagum dengan komitmen yang ditunjukkan peserta Bengkel Pemukiman 2024 kementerian itu yang berakhir hari ini. Kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, semua peserta berusaha bersungguh-sungguh bagi memberikan hasil yang terbaik. “Saya amat kagum melihat komitmen yang ditunjukkan oleh […]

» Read more

Kerajaan Bantu Produk Berpotensi Ke Pasaran Antarabangsa – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa kerajaan akan membantu usahawan muda yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Wilayah dan Desa (KKDW) berkata bantuan tersebut termasuk menerusi pembiayaan kewangan dan bimbingan dalam meluaskan perniagaan dimiliki mereka. “Saya telah umumkan untuk menjemput usahawan-usahawan yang terlibat […]

» Read more

Baik Pulih Cerun Di Sungai Ruil Akan Dipercepatkan – Ahmad Zahid

CAMERON HIGHLANDS, 6 Jan – Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memendekkan tempoh perolehan bagi memperbaiki cerun di penempatan di Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata dekat sini yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh, 12 Oktober tahun lalu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu bagi mempercepatkan tempoh pembaikan cerun tersebut yang […]

» Read more

Kenapa Pula Bar Council? Mereka Berat Sebelah Dan Berpihak, Tegas Puad

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpandangan bahawa Bar Council merupakan sebuah badan yang berat sebelah dan tidak seharusnya menjadi ahli Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah. Tegasnya, badan tersebut mempunyai sejarah mahu mencabar keputusan pengguguran kes Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi namun tidak langsung menyentuh kes-kes […]

» Read more

Cadangan Ngeh Koo Ham Tidak Sesuai, Jangan Campuri Urusan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan

JELEBU, 29 Dis – Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias tidak bersetuju dengan cadangan Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham agar kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam. Tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan itu, justifikasi Ngeh bahawa tindakan itu adalah sebagai langkah bagi […]

» Read more

Ngeh… Jangan Campuri Urusan Orang Islam Dan Banyak Songeh – Hasmuni Hassan

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia Datuk Hasmuni Hassan menasihati Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham agar jangan mencampuri urusan orang-orang Islam. Ini kerana cadangan yang dicetuskan oleh beliau boleh mencetuskan polemik kerana negara ini mempunyai berbagai bangsa dan agama yang hidupnya harmoni. “Cadangan Ngeh Koo Ham itu menampakkan seolah-olah kami orang-orang Islam atau pentadbir […]

» Read more

Pusat Rekreasi Bandar Penawar Fokus Fasiliti Kesihatan Untuk Warga Emas

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said terus memberikan khidmat bakti beliau untuk rakyat di kawasan ini. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata pelbagai program kebajikan dan pembangunan dilakukan untuk manfaat penduduk di Pengerang. Malah yang terbaharu beliau memaklumkan pembukaan Pusat Rekreasi Bandar Penawar yang memberi fokus kepada golongan umur 60 tahun […]

» Read more
1 123 124 125 126 127 286