Ngeh… Jangan Campuri Urusan Orang Islam Dan Banyak Songeh – Hasmuni Hassan

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia Datuk Hasmuni Hassan menasihati Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham agar jangan mencampuri urusan orang-orang Islam.

Ini kerana cadangan yang dicetuskan oleh beliau boleh mencetuskan polemik kerana negara ini mempunyai berbagai bangsa dan agama yang hidupnya harmoni.

“Cadangan Ngeh Koo Ham itu menampakkan seolah-olah kami orang-orang Islam atau pentadbir orang-orang Islam ini tidak cakna dan prihatin dengan orang bukan Islam.

“Jadi, Ngeh Koo Ham jangan banyak songeh! Ngeh tak perlu masuk campur urusan yang berkait agama Islam. Kita tidak perlu pakar daripada bukan Islam pun untuk menasihati hal ehwal agama Islam.

“Padahal, sejak sekian lama hak-hak orang Islam di negara ini dijamin dan dilindungi sepenuhnya sebagai seorang warganegara juga tanpa mengurangi apatah lagi mengganggu-gugat kebebasan orang bukan Islam menganut agama masing-masing,” katanya.

Kata beliau lagi, pada awal Disember 2023, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam.

“Jawatankuasa ini diketuai oleh Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi selaku Pengerusi yang turut dianggotai 10 individu lain.

“Maka, keputusan ini dipatuhi dan dihormati oleh semua pihak dan campur tangan pihak yang tidak berkaitan tidak diperlukan dalam hal ini,” jelasnya.

Tegas Hasmuni, semoga sikap saling menghormati kebebasan beragama yang diperuntukan dalam perundangan negara akan menjamin keharmonian bermasyarakat dalam Negara. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.