Kira-kira 100 Anggota UMNO Dari Enam Negeri Lawat Najib

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerima kunjungan kira-kira 100 anggota UMNO dari beberapa bahagian UMNO di kediamannya di Jalan Langgak Duta, di sini, sejak pukul 1.30 petang hari ini. Mereka merupakan wakil UMNO dari negeri Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan. “Lebih 100 anggota UMNO hadir mengunjungi Najib hari ini,” kata Mohd Yassin Maan, 77, anggota  veteran UMNO Bahagian Rasah, Negeri Sembilan.   Menurutnya, pertemuan itu sekadar untuk menziarahi dan bertanya khabar bekas presiden […]

» Read more

UMNO Kemuka Rayuan Kepada SPRM Untuk Guna Wang Akaun Dibekukan – Zahid

BAGAN DATUK, 30 Jun – UMNO telah mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar sebahagian daripada akaun parti yang dibekukan dapat diguna untuk tujuan pentadbiran dan pembayaran gaji. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata permohonan itu telah dikemukakan kepada SPRM semalam oleh Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan […]

» Read more

UMNO Perlu Bersikap Terbuka, Lebih Demokratik – Ku Li

IPOH, 28 Jun – UMNO perlu bersikap terbuka dan lebih demokratik serta memperbaiki segala kelemahan mengikut kehendak anggotanya serta pengundi, kata calon Presiden UMNO Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkata setiap pandangan yang dilontarkan oleh peringkat akar umbi perlu diteliti oleh pemimpin di setiap peringkat agar ia boleh menjadi asas penggubalan dasar dan sebagainya demi perjuangan parti. “Mereka (anggota, pengundi) tidak […]

» Read more

Politik UMNO Kini Berorientasikan Politik Isu – Zahid

ALOR SETAR, 26 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pendekatan politik yang berunsurkan pembangunan dan perkhidmatan mungkin akan berubah kepada politik isu kerana UMNO hari ini adalah pemantau kepada seluruh rakyat Malaysia. “Ditakdirkan saya dipilih sebaga ketua pembangkang nanti saya akan menentukan bahawa setiap ahli parlimen kita mempunyai kualiti di […]

» Read more

Pengumuman Keputusan Pemilihan Sayap UMNO Akan Diumum Ahad, 24 Jun

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pengumuman keputusan muktamad pemilihan sayap-sayap UMNO yang melibatkan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan hanya diumumkan esok Ahad, 24 Jun pada pukul lima petang. Menurut beliau, penangguhan ini ekoran masih banyak lagi bahagian-bahagian yang masih belum selesai mengadakan pengiraan undi memandangkan ada diantaranya yang mengadakan […]

» Read more

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Alor Setar

ALOR SETAR, 23 Jun — Pengerusi Barisan Nasional Negeri Kedah merangkap Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (tiga, kiri) melihat senarai nama pencalonan ketika hadir menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Alor Setar di Bangunan Tunku hari ini. Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita UMNO Kedah Datuk Syarifah Maznah Syed Kassim Barakbah (dua, […]

» Read more

Norsabrina Akan Tanding Jawatan Exco Wanita UMNO

KULIM, 12 Jun – Exco Pergerakan Puteri UMNO Datuk Norsabrina Mohd Noor menawarkan diri bertanding sebagai Exco Wanita UMNO dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu pada pemilihan parti itu kali ini. Norsabrina yang juga Ketua Pu¬teri UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, berkata keputusan itu diambil berikutan beliau mahu memberi lebih perhatian dalam memperkuatkan semula UMNO di kawasannya selepas meraih kemenangan […]

» Read more

Muhamad Nur Aizat Tawar Diri Tanding Exco Pemuda UMNO

ALOR SETAR, 6 Jun – Exco Pemuda UMNO Kedah Muhamad Nur Aizat Noor Azam menawarkan diri untuk bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO pusat dalam pemilihan parti itu kali ini. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan pelbagai pihak dan dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan UMNO. “Saya ingin memperjuangkan suara hati orang muda di akar umbi serta menarik kembali minat […]

» Read more

Kajian Awal PRU14 Buktikan UMNO Tetap Pilihan Utama Orang Melayu

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Ahli-ahli UMNO perlu bangkit kembali selepas berdepan dengan kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana mandat rakyat kepada UMNO khususnya di kalangan pengundi Melayu dan orang-orang Islam tetap unggul, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Kata beliau, UMNO tidak boleh lupa untuk terus mempertahankan agenda Melayu, agenda umat Islam, agenda kaum Bumiputera […]

» Read more

Peristiwa Penting UMNO

Peristiwa Penting UMNO Januari 1946 Kerajaan British mengeluarkan Kertas Putih mengenai penubuhan Malayan Union yang berhasrat mahu menghapuskan hak Raja-raja Melayu dan membuka kerakyatan kepada orang asing dengan syarat yang mudah. 3 Januari 1946 Pergerakan Melayu Semenanjung Johor ditubuhkan untuk menentang Malayan Union. 4 Mac 1946 Pergerakan Melayu Semenanjung Johor menganjurkan Kongres Melayu yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung […]

» Read more
1 56 57 58 59 60 160