Ahmad Zahid Berazam UMNO Terus Menjadi Jaguh Rakyat

AYER KEROH, 13 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berazam membawa UMNO terus menjadi jaguh bagi rakyat dan bukan hanya sekadar di kalangan ahli parti. Begitu juga katanya, UMNO perlu terus relevan di peringkat nasional dan perlu keluar dari kepompong lama bagi mengembalikan kekuatan parti. “Kita tidak mampu lagi menjadi parti ‘kampung’. Kita tidak mampu lagi […]

» Read more

Video Tular: Shahrir Tegaskan Jaga Dan Pertahankan Integriti Proses Pemilihan UMNO

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad menegaskan agar para perwakilan menjaga dan pertahankan integriti proses pemilihan UMNO. Beliau berkata demikian berikutan hari ini tular sebuah video kekecohan berkaitan pemilihan yang dikatakan membabitkan UMNO Bahagian Titiwangsa. Jelas Shahrir, pihak JPU belum menerima apa-apa bantahan tentang perkara atau situasi yang ditularkan itu. “Melalui video-video […]

» Read more

Pilih Calon Yang Boleh Perkasa Dan Perteguhkan UMNO – Ahmad Zahid

JOHOR BAHRU 12 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan keputusan sayap-sayap UMNO semalam adalah satu perkembangan yang baik. Katanya, calon-calon yang terbaik dan terpilih pada Pemilihan UMNO ini bertanggungjawab bagi memperkasa dan perteguhkan lagi parti ini. “Saya harap calon-calon pilihlah yang terbaik dikalangan yang baik-baik dan kalau tidak pilih semua janganlah tolak semua. Yang cari […]

» Read more

Pengundian Pemilihan UMNO Bermula Esok, Peluang Perwakilan Tentukan Pemimpin Masa Hadapan

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Pemilihan UMNO bagi sesi 2023/2026 akan bermula pada esok hari untuk menentukan barisan kepimpinan masa hadapan terutamanya dalam berhadapan situasi politik mencabar ini. Para perwakilan seluruh Malaysia akan bersidang mengikut bahagian masing-masing secara serentak seterusnya membuang undi untuk memilih calon terbaik bagi mengemudi bahtera Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO di bahagian masing-masing serta pusat. […]

» Read more

Buat Pilihan Tepat Bentuk Pasukan Jadikan UMNO Lebih Kuat – Wan Rosdy

  KUALA LUMPUR, 10 Mac – Ahli-ahli UMNO terutamanya perwakilan disaran buat pilihan yang baik dan tepat dalam Pemilihan UMNO sesi 2023/2026 agar UMNO kembali sebagai sebuah pasukan yang lebih kuat. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan bahawa perlunya kebersamaan dalam UMNO untuk memudahkan pentadbiran, pengurusan dan perancangan bagi menjadikan parti ini lebih kuat. “Harapan saya […]

» Read more

Mohd Sharkar Pesan Perwakilan Pilih Calon Terbaik Untuk Kepimpinan Masa Depan UMNO

  KUALA LUMPUR, 9 Mac – Para perwakilan yang bakal melaksanakan tanggungjawab dengan memilih kepimpinan UMNO dalam pemilihan yang bakal diadakan Sabtu ini untuk peringkat sayap dan Sabtu depan bagi jawatan Bahagian dan Pusat diminta agar memilih mereka yang terbaik. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata para perwakilan harus memandang serius ucapan atau pesanan […]

» Read more

Presiden Ingatkan Calon Pemilihan UMNO Tidak Mengharap Dapat Bertanding Pada PRN

SHAH ALAM, 8 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan para calon bagi pemilihan UMNO kali ini agar tidak meletakkan harapan untuk diletakkan sebagai calon pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Katanya kemenangan para calon pada pemilihan itu nanti bukan jaminan bagi UMNO meletakkan mereka untuk bertanding pada PRN yang dijangka akan diadakan selepas sambutan […]

» Read more

Bekas MB Kedah Syed Razak Meninggal Dunia

ALOR SETAR, 8 Mac – Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Syed Razak Syed Zain meninggal dunia kira-kira 10.30 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani. Allahyarham yang dilantik sebagai Menteri Besar Kedah kelapan pada 1999 hingga 2005 menghembuskan nafas terakhir kerana masalah kesihatan pada usia 79 tahun. Bekas Setiausaha Akhbar Allahyarham, Datuk Boon Som Inong berkata beliau akan sentiasa mengenang Syed […]

» Read more

Ahmad Zahid Pesan Perwakilan Pilih Calon Terbaik Untuk Perkasakan UMNO

KOTA KINABALU, 8 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpesan kepada perwakilan yang bakal mengundi pada pemilihan parti ini untuk memilih mereka yang terbaik bagi kembali memperkasakan UMNO. Katanya, calaon-calon yang terbaik akan dapat mengukuhkan UMNO dan membantu kepada kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan. “Saya harap pilihlah calon-calon yang terbaik di kalangan […]

» Read more
1 31 32 33 34 35 160