Titah Adendum: UMNO Tidak Pernah Berhenti Berusaha Bela Najib, Namun Rakyat Perlukan Penjelasan

KUALA LUMPUR, 19 April – Semestinya dengan kewujudan afidavit tambahan dalam Titah Adendum oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 menjadi bukti bahawa UMNO tidak berhenti dalam usahanya membela bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Timbalan Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, perkara ini telah menggemparkan negara dan rata-rata rakyat masih menunggu penjelasan tuntas […]

» Read more

Isu Kedah Agro: Salahkan Kerajaan Terdahulu Tidak Logik – Syed Mohd Johan

ALOR SETAR, 27 Mac – Tindakan Ketua Penerangan Pas, Salim Muhammad menyalahkan kerajaan negeri yang terdahulu akibat kerugian syarikat Kedah Agro dilihat tidak logik, kata Timbalan Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri. Tegasnya, Ketua Penerangan Pas perlu meneliti trek rekod Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang terbukti mempunyai berpuluh projek […]

» Read more

Ahmad Zahid Yakin KEDA Capai Objektif Bantu Rakyat Kedah

PENDANG, 24 Mac – Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata projek yang dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dilihat mampu mencapai objektif mengeluarkan peserta daripada kelompok miskin tegar. Ujar Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, sejak KEDA ditubuhkan pada 1981, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan lebih kurang RM2.31 […]

» Read more

Puteri UMNO Wangsa Maju Sumbang Beg, Peralatan Sekolah Kepada 60 Pelajar – Nurul Ashikin

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Pergerakan Puteri UMNO Wangsa Maju meneruskan aktiviti tahunan dengan menyampaikan sumbangan beg dan peralatan sekolah kepada 60 pelajar sebagai persiapan untuk memulakan sesi persekolahan 2024. Ketuanya, Nurul Ashikin Mohamad Rafi berkata ‘Program Back to School’ yang dilaksanakan secara bersasar ini bertujuan meringankan beban ibu bapa dan juga sebagai memberi semangat kepada pelajar.   “Ini adalah […]

» Read more

Datuk Md Rozai Meninggal Dunia, UMNO Rakam Takziah

ALOR SETAR, 27 Februari – Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah berdukacita atas pemergian Allahyarham Datuk Md Rozai Shafian yang telah meninggal dunia semalam pada usia 69 tahun. Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid mewakili seluruh kepimpinan UMNO Negeri Kedah merakamkan ucapan salam takziah kepada isteri Allahyarham, Datin Paduka Khalijah Ghazali serta seluruh ahli keluarga. “Sesungguhnya UMNO Negeri Kedah telah kehilangan seorang […]

» Read more

Isu Pelancongan: Jadi Kerajaan Kena Ada Kreativiti, Inovatif – Bekas MB Kedah

ALOR SETAR, 8 Dis – Tular baru-baru ini sebuah pulau peranginan di negeri Kedah tidak lagi menjadi tumpuan utama pelancong untuk makan angin dikhabarkan akibat kos makanan dan minuman, penginapan dan kereta sewa yang semakin meningkat di kawasan itu berbanding di negara jiran yang menawarkan harga lebih berbaloi untuk dilawati. Mengulas perkara berkenaan, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir […]

» Read more

Belanjawan Kedah 2024: Mohd Raqib Bidas Sanusi, Harap Dana Persekutuan Bangun Negeri

ALOR SETAR, 7 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Mohd Raqib Abu Hassan membidas pembentangan Belanjawan Kedah 2024 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor kerana dilihat mengharapkan dana persekutuan untuk pembangunan negeri. Jelasnya, beliau bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin mengenai belanjawan tersebut. […]

» Read more

Belanjawan Kedah 2024 Ibarat ‘Melukut Di Tepian Gantang’, Gagal Wujud Ruang Jana Pendapatan Baharu

ALOR SETAR, 30 Nov – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyifatkan Belanjawan Kedah 2024 bagai ‘melukut di tepian gantang’ kerana hampir semua projek memerlukan kuasa dan sokongan kerajaan persekutuan. Jelasnya, belanjawan yang baru dibentangkan itu tiada peningkatan signifikan jika dibandingkan dengan tahun-tahun terdahulu kerana kerajaan negeri gagal mewujudkan ruang baharu bagi menjana pendapatan negeri. “Belanjawan […]

» Read more
1 19 20 21 22 23 170