PM Dan TPM Santuni Rakyat Kedah, Hadir Majlis Aidilfitri Madani

JITRA, 4 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi santuni rakyat Kedah dengan menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani peringkat negeri itu yang diadakan di Darul Aman Park di sini malam ini. Ketibaan mereka berdua disambut meriah ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan dan peringkat umur. Majlis yang bermula pada pukul […]

» Read more

Semua Pihak Perlu Tekad Urus Parti Sebaiknya Demi Masa Depan UMNO – Mahdzir

PADANG TERAP, 4 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid menyeru semua pihak bertekad mengurus parti sebaiknya untuk dibekalkan kepada generasi masa depan UMNO dan negara. Ujar Ketua UMNO Bahagian Padang Terap itu, semua pendukung juga perlu mempunyai keikhlasan untuk mengembalikan kegemilangan parti dengan mengetepikan segala tohmahan dan politik persepsi yang dilemparkan pihak lawan. Menurutnya […]

» Read more

PM Tidak Pernah Tolak Permintaan UMNO Berkaitan Kepentingan Melayu, Islam

PADANG TERAP, 4 Mei – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menolak permintaan UMNO yang memperjuangkan hal berkaitan kepentingan orang Melayu dan agama Islam. Ujarnya, sebagaimana yang terbaharu mengenai Kongres Ekonomi Bumiputera yang telah diadakan pada 29 Feb hingga 2 Mac lalu. “Apabila kita […]

» Read more

PM Dan Kerajaan Perlu Berhati-hati Melayani ‘Wish List’ Mengarut Kedah – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 3 Mei – Perdana Menteri dan kerajaan perlu berhati hati serta tidak perlu mengambil serius berhubung  ‘wish list Kedah’ yang dilihat mengarut dan syok sendiri. Bagi Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, begitu juga pihak Kementerian Pengangkutan yang perlu membuat penilaian sebaiknya berhubung LRT Langkawi kerana akhirnya akan memalukan negeri berkenaan. “Sebab pada akhirnya nanti, […]

» Read more

Kerajaan Kedah Digesa Bijaksana… Antara Keperluan Dan Kehendak Rakyat, Yang Mana Harus Diutamakan

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Ketua Wanita UMNO Langkawi, Hisham Suhaily Othman menggesa Kerajaan Negeri Kedah untuk selesaikan dahulu masalah jangka pendek seperti kemasukan pelancong dan mutu perkhidmatan feri di Langkawi. Tegasnya yang juga Exco Wanita UMNO Malaysia, hal kebajikan rakyat khususnya bekalan air yang sudah lama tidak tertanggung di pulau berkenaan juga perlu ditangani. “Gunakanlah kebijaksanaan memimpin dalam diplomasi […]

» Read more

Berambisi Ganti UMNO… Tapi Apa Pencapaian Membanggakan PN Di Perlis? – Fathul Bari

KUALA LUMPUR, 28 April – Kenyataan Menteri Besar Perlis bahawa Perikatan Nasional (PN) mahu menggantikan UMNO bagi mentadbir negeri dan negara ini perlu disertakan dengan komitmen dan prestasi yang baik, kata Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Mohd Fathul Bari Mat Jahya. Kata beliau, tidak salah untuk PN terus berambisi tetapi perlu menunjukkan pencapaian mereka kepada rakyat. “Semua daripada kita […]

» Read more

Ruzaini Bidas Dakwaan PN Ganti UMNO… Kenyataan Jauh Panggang Dari Api

KUALA LUMPUR, 24 April – Tiada keperluan untuk Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Mohd Shukri Ramli untuk membuat kenyataan seolah-olah PN adalah kerajaan terbaik, bidas Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Ruzaini Rais. Menurut beliau, ini kerana banyak isu-isu rakyat yang masih membelenggu bukan sahaja di negeri ini tetapi juga negeri-negeri lain di bawah pentadbiran PN. “Ini adalah salah satu kenyataan […]

» Read more

Nilai Semula Pengerusi Bersama MTPN Kedah, Wujudkan Keserasian Pusat Dan Negeri

KUALA LUMPUR, 21 April – UMNO Kedah melihat sudah hampir empat tahun Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor  menjadi Menteri Besar Kedah dan beberapa tahun juga beliau  meratibkan idea The Greater Kedah yang ingin menjadikan negeri berkenaan sebuah bandar kelas antarabangsa menjelang tahun 2035. Namun bagi Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, prestasi semasa Sanusi yang tidak […]

» Read more
1 18 19 20 21 22 170