Keputusan KPT Berdasarkan Situasi Semasa, Demi Kebaikan Pelajar – Rosnah

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin merasa terkilan gara-gara pengumuman penangguhan pendaftaran pelajar di saat akhir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini dikecam teruk di media sosial. Jelas beliau, boleh dikatakan sebahagian besar pelajar yang sudahpun pulang ke kampus masing-masing menyatakan rasa tidak puas hati dan tidak setuju dengan keputusan tersebut. […]

» Read more

Malaysia Rekod 691 Kes Baharu, Tertinggi Sejak COVID-19 Melanda Negara

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus meningkat dan hari ini mencatatkan 691 kes, iaitu angka tertinggi sejak wabak itu melanda negara dengan merekodkan empat kematian. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata selaras dengan peningkatan mendadak itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan juga kini meningkat kepada 2,936. Perkembangan terkini itu menyaksikan jumlah […]

» Read more

Dua Lagi Kluster Dikenal Pasti, Jumlah Kluster Aktif Kini 39 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Dua lagi kluster baharu dikenal pasti hari ini iaitu Kluster Batu di Taiping, Perak dan Kluster Ramai-Ramai di Sandakan, Sabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Ini menjadikan jumlah kluster aktif di Malaysia sebanyak 39 kluster. Dr Noor Hisham berkata Kluster Batu dikenal pasti hasil saringan dalam kalangan kakitangan dan ahli […]

» Read more

COVID-19: 317 Kes Baharu, Tiga Kluster Baharu, Satu Kematian

PUTRAJAYA, 3 Okt – Sebanyak 317 kes baharu COVID-19, yang melibatkan penularan dalam negara dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan ia jumlah kes harian tertinggi direkodkan Malaysia selepas semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata satu kematian akibat COVID-19 di Tawau, Sabah turut dilaporkan, selain tiga kluster baharu iaitu dua kluster – Kluster Bah Lunas […]

» Read more

Tidak Ada Keperluan Untuk PKP – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 3 Okt – Tidak ada keperluan untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata meskipun angka positif COVID-19 dilihat besar, namun kebanyakan kes itu melibatkan tahanan penjara di Kedah dan Sabah, yang terasing daripada komuniti. “PKP ke hari ini? Tidak… kita tidak akan mengisytiharkan PKP […]

» Read more

Malaysia Dijangka Memasuki Gelombang Ketiga COVID-19, Kata KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 3 Okt – Malaysia dijangka memasuki gelombang ketiga COVID-19 selari dengan trend peningkatan jumlah kes di seluruh dunia kebelakangan ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. “Sekarang ini kita lihat pada peringkat permulaan untuk gelombang ketiga, jadi kes-kes telah dikesan bukan hanya negara kita tetapi juga negara-negara lain menghadapi peningkatan kes,” katanya pada sidang media […]

» Read more

COVID-19: MIC Tangguh Semua Konvensyen Negeri

TAPAH, 2 Okt – Konvensyen MIC yang sepatutnya berlangsung di seluruh negara bermula hari ini sehingga 8 Okt depan, ditangguhkan serta-merta berikutan penularan wabak COVID-19 yang membimbangkan kini. Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan berkata presiden parti, Tan Sri S.A. Vigneswaran telah mengeluarkan arahan mengenai perkara berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga susulan peningkatan jumlah jangkitan COVID-19 yang begitu ketara. “Hari […]

» Read more

Empat Lagi Kluster Baharu Dikenal Pasti Hari Ini

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Empat kluster baharu COVID-19 dikenal pasti iaitu Kluster Jalan Meru di Selangor, Kluster Joo Hwa di Sabah, Kluster Selasih di Putrajaya dan Kluster Bah Ketil di Kedah. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster Jalan Meru dikenal pasti di Klang dengan kes indeks kluster itu (iaitu kes ke-11,148) melibatkan lelaki tempatan […]

» Read more

Penyesuaian Insentif Bantu Rakyat Di Sempadan Negara

PADANG BESAR, 28 Sept – Kerajaan sedang melakukan penyesuaian insentif yang diberikan khususnya kepada peniaga di kawasan sempadan yang terkesan oleh penularan pandemik COVID-19, kata Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah. “Tujuan kami turun padang hari ini adalah bagi mendengar apa sebenarnya sedang berlaku dan bagaimana rakyat sedang menghadapi keadaan ini. Input yang diperoleh akan diguna dalam merangka dasar […]

» Read more

Menang PRN, Bukti Rakyat Mahu GRS Terajui Sabah

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam, membuktikan keyakinan dan sokongan rakyat terhadap GRS untuk menerajui pentadbiran negeri itu. Justeru, kemenangan GRS di 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu diterjemah dengan melaksanakan segala amanah yang diberi untuk memajukan pembangunan Sabah. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang […]

» Read more
1 148 149 150 151 152 170