Kes Baharu COVID-19 Terus Menurun Kepada 8,075 Hari Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Kes baharu COVID-19 dalam negara terus mencatatkan penurunan dengan 8,075 kes direkodkan setakat tengah hari ini, berbanding 9,066 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman sosialnya berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes kini berjumlah 2,285,640. Sarawak kekal negeri dengan kes baharu tertinggi sebanyak 1,189 diikuti Kelantan (1,020); […]

» Read more

Syarat Vaksinasi Lengkap Kekal Untuk Kemudahan Sektor Sosial, Ekonomi Dalam Semua Fasa PPN

PUTRAJAYA, 1 Okt – Syarat vaksinasi COVID-19 lengkap untuk setiap kemudahan sektor sosial dan ekonomi dalam semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) kekal, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju agar setiap kemudahan yang diumumkan sebelum ini dilaksanakan dengan syarat vaksinasi lengkap, kekal bagi semua fasa PPN. Katanya ia berikutan perkembangan terkini peralihan fasa […]

» Read more

Semua Pemimpin Perlu Ambil Kira Pelbagai Aspek Untuk Kepentingan Rakyat – Suraya

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Exco Kerajaan Negeri kedah, Datuk Suraya Yaacob berkata pemimpin di barisan kerajaan waimma barisan pembangkang wajar meneliti dan mengambil kira dalam membina sebuah negeri yang maju, berdaya saing, berkat dan sejahtera secara bersama tanpa mengira warna bendera kepartian. Menurut beliau dalam tempoh kritikal menangani krisis kesihatan dan ekonomi yang melanda negara sekarang, ini adalah masa […]

» Read more

RM593 Juta Dibelanja Bagi Perolehan Darurat Peralatan Hospital Rawat COVID – Khairy

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Sebanyak RM593 juta telah dibelanjakan bagi perolehan darurat peralatan tambahan hospital yang diperlukan bagi merawat kes COVID-19 sejak dua tahun lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perolehan yang dibuat pada 2020 dan tahun ini (2021) telah diagihkan mengikut keperluan ke semua fasiliti kesihatan di seluruh negara. “Ia termasuk peralatan seperti […]

» Read more

Makkal Sakti Diberi Tempat Untuk Bertanding Dalam PRU15 – Pengerusi BN

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan memberikan tempat sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada calon-calon daripada Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Presiden UMNO itu berkata Makkal Sakti akan diberikan peluang untuk bertanding setelah diminta oleh parti itu dan atas kesetiaan […]

» Read more

Pahang Juga Bersedia Laksana Gelembung Pelancongan – Sharkar

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Umum sedia maklum kerajaan telah pun melaksanakan projek rintis gelembung pelancongan domestik di Pulau Langkawi, Kedah bermula 16 September 2021 dan seperti dimaklumkan, ia merupakan projek rintis gelembung pelancongan yang dilaksanakan di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan. Cuma persoalannya di sini, kata Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin kenapa ia hanya bermula di […]

» Read more

KPKT Perkenal Rumah Ikram Untuk Mereka Terkesan Pandemik COVID-19

BANGI, 15 Sept – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperkenalkan program Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah IKRAM KPKT untuk rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19, dengan menawarkan kadar sewa minimum RM124 sebulan bagi tempoh mendiami maksimum dua tahun. Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata inisiatif bersifat penampan (cushion) itu dikhususkan untuk keluarga yang terkesan […]

» Read more

Pelancong Ke Langkawi Gunakan Pesawat Tidak Perlu Surat Polis – Khairy

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Individu yang menggunakan pesawat udara untuk melancong ke Pulau Langkawi, Kedah bermula 16 Sept ini tidak perlu mendapatkan surat kebenaran daripada polis, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Khairy dalam ciapan di laman Twitter berkata hanya mereka yang menggunakan pengangkutan darat dari luar negeri tersebut sahaja perlu berbuat demikian. “Bagi program perintis pelancongan ‘travel bubble’ Langkawi, […]

» Read more
1 125 126 127 128 129 160