PRN Peluang Terbaik Rakyat Selarikan Kerajaan Negeri Dan Pusat – Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada Ogos ini merupakan peluang terbaik untuk rakyat selarikan tampuk pemerintahan negeri dengan kerajaan pusat bagi memudahkan proses pentadbiran. Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, cabaran yang paling besar dalam menghadapi PRN ini adalah untuk membaca kemahuan rakyat dalam menentukan kerajaan negeri. […]

» Read more

Sanusi Digesa Hentikan Kebiadapan, Berpolitik Secara Matang

KUALA LUMPUR, 14 Julai – EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan membidas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor yang dianggap biadap ketika menyampaikan ucapan dalam jelajah ceramah politik Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini. Katanya beliau mengambil maklum akan kehadiran Sanusi ke bumi Selayang malah sentiasa terbuka dan mengalu-alukan sesiapa yang datang bertandang dengan apa sahaja […]

» Read more

Conteng Wajah Perdana Menteri Perbuatan Politik Ekstrem

ALOR SETAR, 13 Julai – Perbuatan menconteng wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada papan iklan di beberapa kawasan dalam negeri ini, disifatkan perbuatan yang menjurus kepada permainan politik ekstrem dan tidak sepatutnya berlaku. Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, politik melampau seumpama itu membahayakan dan tidak boleh diberi tempat di dalam negara ini ketika […]

» Read more

Hina Sultan Selangor: Sanusi Biadap, Mohon PDRM Ambil Tindakan Segera – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR, 13 Julai – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin beranggapan bahawa tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menghina Sultan Selangor adalah biadap dan perlu diberikan pengajaran. Susulan itu, beliau turut memohon agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk campur tangan dan membuat tindakan dengan segera. “Biadap dan kurang ajar. Mohon […]

» Read more

PRN: BN Bertanding Lebih 100 Kerusi DUN

PUTRAJAYA, 13 Julai – Barisan Nasional (BN) mendapat lebih 100 kerusi untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Lebih sedikit dari 100,” katanya ditanya media mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi calon BN dalam PRN itu, selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara […]

» Read more

Manfaatkan PRN Demi Kepentingan Rakyat, Pilih Parti Sealiran Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berharap rakyat di enam negeri yang bakal diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dapat memanfaatkan peluang tersebut dengan memilih parti-parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan bagi membentuk kerajaan negeri. Katanya, penting untuk memilih sebuah kerajaan negeri yang sealiran dengan kerajaan Pusat demi memastikan agenda kemajuan dilaksanakan dengan […]

» Read more

Tangani Isu Penerokaan Haram REE Secara Serius, Elak Berlaku Di Kawasan Lain

SIK, 12 Julai – Isu penerokaan unsur nadir bumi (REE) secara haram di Hutan Simpan Bukit Enggang di sini dikhuatiri boleh berlaku di kawasan lain sekitar daerah ini jika pihak yang berkenaan tidak mengambil langkah serius untuk menangani perkara itu. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri Mahadzir Abdul Hamid berkata ini kerana REE bukan sahaja terdapat di hutan simpan terbabit […]

» Read more

PRN: Jentera Parti Dalam Kerajaan Perpaduan Komited Bergerak Seiring – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata semua parti dalam Kerajaan Perpaduan komited akan bersama menggerakkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, ini termasuk juga parti-parti dari Sabah dan Sarawak yang turut membantu. “Apa yang dibincangkan dalam mesyuarat malam ini adalah […]

» Read more

PRN Enam Negeri: BN Umum Calon 21 Julai

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 21 Julai ini. Perkara itu dinyatakan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan malam tadi. “Untuk BN, kita akan umumkan pada 21 Julai malam […]

» Read more

PRN: BN Perlu Tampil Lebih Calon Muka Baharu, Beri Suasana ‘Segar’

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Barisan Nasional (BN) perlu menampilkan lebih ramai calon muka baharu dalam gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini, kata Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata ia bagi menampilkan sesuatu yang lebih ‘segar’ daripada parti itu pada PRN Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri […]

» Read more
1 100 101 102 103 104 160