PRK Kuala Terengganu Serentak Dengan PRN Enam Negeri Pada 12 Ogos – SPR

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dijalankan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu turut diadakan serentak dengan PRN di […]

» Read more

Bawa Politik Matang, Jangan Kerana Mulut Badan Binasa – Azhari

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berharap pemimpin parti untuk bersikap matang dalam berpolitik bagi menjaga keharmonian rakyat di negara ini terutama mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan. Jelas beliau, ini kerana kenyataan kontroversi diucapkan tidak membawa manfaat kepada rakyat yang kini sudah bijak menilai fakta. “Saya sudah mengingatkan kepada mereka yang […]

» Read more

Mahdzir Jelaskan Jangan Undi Parti Lawan… Sekadar Peringatan Daripada PM, Bukan Ugutan

ALOR SETAR, 18 Julai – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan satu undi daripada ahli UMNO kepada Perikatan Nasional (PN) sebagai pengkhianatan besar kepada bangsa, parti dan agama, bukan boleh ditafsirkan sebagai ugutan. Sebaliknya Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia sekadar peringatan kepada ahli parti itu supaya tidak menjadi pembelot sehingga memberi […]

» Read more

PN/Pas Cuba Alih Kegagalan Tadbir Negeri Kelantan Dengan Isu Negara – Zawawi

PASIR PUTEH, 17 Julai – Pas/Perikatan Nasional (PN) dilihat telah lari daripada acuan asal apabila mengaitkan isu-isu negara dalam ceramah-ceramah semata-mata untuk mengalihkan kegagalan mereka mentadbir negeri Kelantan. Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Zawawi Othman mempersoalkan apakah mereka bercadang untuk menukar kerajaan sedia ada dengan memainkan isu semasa negara seperti kejatuhan nilai matawang ringgit dan sebagainya. “Saya melihat Pas […]

» Read more

Ingat Rekod ‘Kahwin-Cerai’ Pas… Hati-Hati Pilih Parti Untuk Bentuk Kerajaan Negeri Stabil – Shabery

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Rakyat perlu diingatkan dengan rekod mudah ‘kahwin-cerai’ Pas untuk lebih berhati-hati dalam memilih parti yang membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak. Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara yang dilakukan oleh Pas selalunya diakhiri dengan memburukkan ‘bekas pasangan’ mereka untuk menawan hati rakyat. “Ada orang suka […]

» Read more

Kebebasan Bersuara Di Negara Ini Ada Batasannya

SUNGAI PETANI, 16 Julai – Akaun TikTok Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang telah digantung oleh pihak TikTok kerana ucapannya yang berpotensi untuk memecah-belahkan masyarakat. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun kebebasan bersuara adalah hak bagi setiap rakyat, setiap platform yang digunakan tetap ada batasannya. “Di seluruh dunia, kebebasan ada batasnya. […]

» Read more

Kebersamaan Dan Keserasian Harus Diterjemahkan Pada PRN – Ahmad Zahid

  GUAR CHEMPEDAK, 16 Julai – Pada 12 Ogos nanti Kedah mesti ‘kalih bagi sama’ dan parti yang berada di dalam Kerajaan Perpaduan memerintah negeri ini, demikian tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ini kerana katanya, sesiapapun yang bakal menjadi Menteri Besar Kedah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) mestilah ada kebersamaan dan keserasian dengan pusat. […]

» Read more

Pihak Berkuasa Perlu Ambil Tindakan Pihak Sentuh 3R

SUNGAI PETANI, 15 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setiap parti politik perlu menggunakan fakta untuk menyatakan sesuatu pandangan ketika berkempen dan bukannya dengan cara yang tidak mempunyai ‘akhlak politik’ walaupun berbeza pendapat. Presiden UMNO itu berkata perbuatan tersebut hanya akan memberi gambaran yang negatif bukan sahaja kepada pengundi tetapi juga rakyat keseluruhannya […]

» Read more

Budaya Caci Maki, Hamun Dan Fitnah Tidak Boleh Diterima Sama Sekali – Ahmad Zahid

MERBOK, 15 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan budaya memaki-hamun, mencaci dan memfitnah dalam berpolitik tidak boleh diterima sama sekali. Katanya, budaya negatif tersebut yang jelas bertentangan dengan ajaran agama tidak seharusnya wujud walaupun berbeza pendapat. “Budaya caci-maki hamun, memfitnah seolah-olah menjadi budaya mereka. Kalau mahu berbeza pendapat gunakan fakta dan gunakan perbezaan pendapat itu […]

» Read more

PRN: Pilih Pemimpin Yang Dah Terbukti Jaga Rakyat, Tolak Politik Retorik PN

PUTRAJAYA – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menasihatkan orang ramai khususnya yang bakal melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada 12 Ogos depan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk memilih pemimpin yang telah terbukti bertanggungjawab dan berkhidmat kepada rakyat. Katanya, rakyat perlu tolak politik retorik seperti Perikatan Nasional (PN) yang terbukti lebih banyak berjanji sedangkan apabila mendapat kuasa pelbagai […]

» Read more
1 99 100 101 102 103 160