Kesetiaan, Kesabaran Dan Keyakinan Ahli Puteri Amat Tinggi – Abd Razak

KOTA MELAKA, 2 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi merangkap Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata kesetiaan, kesabaran dan keyakinan ahli Puteri di bahagiannya amat tinggi sekali. Ujar Abdul Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, hampir dua tahun pasca Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu UMNO/Barisan Nasional (BN) menjadi pembangkang tetapi […]

» Read more

Guna Peluang PRK Ubah Nasib Rakyat Sungai Bakap – Mohd Zaidi

NIBONG TEBAL, 1 Julai – Rakyat Sungai Bakap disaran untuk menggunakan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan tersebut untuk mengubah nasib mereka dengan memilih calon Kerajaan Perpaduan. Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said memaklumkan bahawa pusat daerah mengundi (PDM) Kampung Besar telah menganjurkan program tukar minyak enjin motorsikal secara percuma pada Ahad. […]

» Read more

Bersatu Hati Laksana Gerak Kerja Bersepadu – Suhaimi

BELURAN, 27 Jun – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir menaruh harapan agar akar umbi parti bersatu hati dalam melaksanakan gerak kerja bersepadu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN). Menurut beliau, PRN ini sangat penting kepada hala tuju parti UMNO demi meneruskan perjuangan kepada rakyat di negeri ini. “Kita sudah menghampiri untuk berhadapan dengan PRN ke-17, justeru itu saya […]

» Read more

Terus Beri Pandangan, Gunakan Ruang Sebaiknya Bantu Parti Melakar Kejayaan

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Suara dan pandangan ahli parti pada mesyuarat peringkat bahagian termasuk Wanita dan Pemuda serta Puteri UMNO yang bermula pada Sabtu lalu di seluruh negara tentunya akan diambil perhatian dan tumpuan oleh peringkat tertinggi parti dalam usaha memastikan UMNO terus bergerak ke depan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berharap perwakilan […]

» Read more

‘Penerangan Ibarat Nadi Dalam Sesebuah Kempen Politik’ – Ismail

KUALA PILAH, 15 Jun – Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berkata penerangan merupakan elemen penting dalam sesebuah kempen politik, sebagai usaha memberi pemahaman kepada rakyat berkenaan sesuatu isu. Menurut beliau, skop penerangan yang lebih meluas pada masa kini menuntut komitmen yang lebih tangkas apabila ia bukan hanya bersifat penerangan secara bersemuka bahkan menggunakan teknologi maklumat. “Penerangan ini […]

» Read more

Bantu Kemenangan Parti Dengan Praktikkan Formula ABCDE

KUALA KRAU, 12 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkongsi formula untuk membantu parti menang dalam pilihan raya iaitu ABCDE dan ia mesti dipraktikkan. Berucap di Jelajah Penerangan UMNO Bahagian Kuala Krau, Ahli Parlimen Pontian yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya itu berkata, A merujuk kepada Aktiviti; (B) Berpadu; (C) Calon; (D) Data; dan […]

» Read more

PRK Sungai Bakap: Reezal Merican Teruja Dengan Semangat Jentera Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican teruja dengan semangat yang dipamerkan oleh jentera Kerajaan Perpaduan untuk menempuhi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada Julai ini. Beliau yang juga ADUN Bertam memaklumkan bahawa telah turun ke pusat daerah mengundi (PDM) Sungai Duri, Nibong Tebal […]

» Read more

Usaha Penuh Semangat… Rampas Kembali Parlimen Dan DUN Di Tanjong Karang – Azalina

TANJONG KARANG, 9 Jun – UMNO Tanjong Karang perlu bangkit dan menebus semula maruah pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU1) dengan merampas kembali kerusi yang hilang kepada pembangkang, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said. Azalina yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengerang berkata meskipun berlaku pelbagai situasi berliku pada masa itu, namun keyakinan merampas kembali Parlimen dan […]

» Read more

Pandang Ke Depan, Kita Akan Lebih Progresif – Hafiz Ariffin

KUALA LUMPUR, 8 JUN- Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN) Hafiz Ariffin melihat masing-masing perlu memandang ke depan apatah lagi berada bersama-sama di dalam kerajaan hari ini. Bagi beliau negara akan lebih progresif jika tidak bercakap soal-soal yang timbul sehari dua ini termasuklah apa yang diperkatakan oleh Lim Guan Eng. “Kita akan lebih progresif jika tidak bercakap, menyentuh hal-hal sensitif seperti […]

» Read more

JPU: Pencerahan Isu Semasa Secara Dua Hala Kaedah Paling Berkesan, Mujarab – Ahmad Maslan

KOTA KINABALU, 5 Jun – Siri Jelajah Penerangan UMNO (JPU) yang diadakan oleh Penerangan UMNO Malaysia sekarang ini merupakan satu langkah yang sangat baik supaya rakyat mendapat input yang tepat, ujar Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Ujar Timbalan Menteri Kerja Raya itu, penjelasan secara dua hala mengenai isu-isu terkini dan semasa mengenai hal ehwal politik […]

» Read more
1 538 539 540 541 542 593