Fitnah Jahat Malaysiakini Terhadap Institusi Diraja Johor

JOHOR BAHRU, 9 Jun – Laporan Malaysiakini bertajuk ‘Undangan khas Aidilfitri Sultan Ibrahim hanya buat UMNO Johor’ petang tadi adalah fitnah jahat portal tersebut terhadap institusi diraja Johor. Perkara itu ditegaskan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Mohd. Hairi Mad Shah yang menjelaskan, kunjungan bersempena sambutan Aidilfitri itu bukan atas dasar jemputan tetapi permohonan yang dibuat untuk menghadap Sultan Johor, Sultan […]

» Read more

Hipokrit PH Terhadap Manifesto Kian Terserlah – Muhammad Shaqib

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pulai, Muhammad Shaqib Bin Shahrilnizam melihat kenyataan Exco PPBM Armada Malaysia, Muazzammil Ismail, berhubung perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang baharu ini seakan-akan membelakangkan dan bersifat hipokrit terhadap aspirasi rakyat dan manifesto Pakatan Harapan. Menurut beliau ini merupakan tindakan yang meruntuhkan institusi reformasi yang selama ini […]

» Read more

Isu Lynas Buktikan PH Tidak Konsisten

KANGAR, 3 Jun – Isu operasi kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) adalah salah satu perkara membuktikan Pakatan Harapan (PH) tidak konsisten dalam sebarang dasar yang cuba diketengahkan mereka sekali gus menyebabkan rakyat menjadi keliru. Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, hal demikian apabila terdapat kenyataan kontra membabitkan sesetengah pemimpin PH dan Perdana Menteri, Tun […]

» Read more

Inkues Arwah Adib, AG Gagal Jalankan Tugas – Shahril Sufian

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata penarikan diri peguam Syazlin Mansor daripada mewakili tiga pihak dalam prosiding inkues siasatan kematian Allahyarham Muhammad Adib iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan keluarga Allahyarham Muhammad Adib menimbulkan pelbagai persoalan. Menurut beliau empat sebab yang dikeluarkan oleh Peguam Negara, […]

» Read more

Pemimpin Dap Dibidas, Tak Sensitif Hal Ehwal Agama Islam… Zakat Bukan Peruntukan Politik

NIBONG TEBAL, 29 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal membidas tindakan pemimpin Dap yang disifatkan tidak prihatin berkaitan hal ehwal agama Islam. Ketuanya Mohd Norhiesam Ismail berkata, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dap Pulau Tikus, Chris Lee Chun yang memuat naikkan gambarnya mengagihkan hamper zakat Majlis Agama Islam negeri itu jelas menunjukkan dirinya tidak peka dan sensitif […]

» Read more

Campur Tangan Inkues Adib: Peguam Negara Bela Mangsa Atau Penjenayah?

KOTA BHARU 29 Mei – Peguam Negara dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) perlu memberi penjelasan yang lebih ‘masuk akal’ mengenai penarikan diri peguam Syazlin Mansur daripada prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim. Exco Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Kluster Peguam Muda Pemuda UMNO, Nik Saiful Adli Burhan berkata, pada ketika ini, seluruh masyarakat yang mengikuti […]

» Read more

Adakah Kes Muhammad Adib Akan Berakhir Dengan Keadilan?

KANGAR 29 Mei – Arahan agar peguam Syazlin Mansor menarik diri pada saat akhir inkues kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim menimbulkan persoalan sama ada kes itu bakal berakhir dengan memberi keadilan kepada anggota bomba tersebut atau sebaliknya. Ramai yang kesal dengan arahan tersebut kerana semua sedia maklum sebelum ini bahawa peguam berkenaan begitu tegas dalam mencari keadilan untuk Muhammad Adib. […]

» Read more

Kit Siang Disaran Belajar Hormat Kabinet Dan Peraturan Untuk Kelestarian Negara

KUANTAN, 28 Mei – Pengarah Strategik Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan, Mohd Afif Mohd Anuar membidas sikap Lim Kit Siang yang tidak menghormati Kabinet dan menyarankan agar veteran Dap itu belajar untuk menghormati peraturan. Beliau berkata demikian ekoran kenyataan Kit Siang yang mahu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memecat Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Timbalan Menteri Pendidikan yang […]

» Read more

Mukhriz Dituntut Mohon Maaf Kepada Sultan Johor

JOHOR BAHRU 24 Mei – Kelakuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang tidak bersalaman dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di majlis rasmi istiadat pengebumian Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah di Pekan, Pahang semalam, disifatkan sebagai satu tindakan yang biadab. Video menunjukkan Mukhriz enggan menghulur tangan dan […]

» Read more
1 488 489 490 491 492 596