Hipokrit PH Terhadap Manifesto Kian Terserlah – Muhammad Shaqib


KUALA LUMPUR, 8 Jun – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pulai, Muhammad Shaqib Bin Shahrilnizam melihat kenyataan Exco PPBM Armada Malaysia, Muazzammil Ismail, berhubung perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang baharu ini seakan-akan membelakangkan dan bersifat hipokrit terhadap aspirasi rakyat dan manifesto Pakatan Harapan.

Menurut beliau ini merupakan tindakan yang meruntuhkan institusi reformasi yang selama ini dilaungkan oleh parti Kerajaan dan tambahan pula, dengan keputusan berkenaan ia menjejaskan kredibiliti SPRM dan institusi rakyat.

“Walaupun Puan Latheefa telah memberikan surat perlepasan jawatan dalam PKR, namun, ini dikhuatiri akan unsur-unsur politik yang memesongkan prinsip keadilan yang bias kepada Kerajaan.

“Dengan ini, Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Pulai mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut dan berharap agar perkara ini dibawa ke sidang parlimen akan datang bagi membincangkan isu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya lagi selain itu, Ahli Parlimen seharusnya mengutuk tindakan Perdana Menteri dengan mengurangkan had kuasanya terhadap perlantikan “High Level Administration Officer” agar diberikan kuasa perlantikan tersebut kepada Ahli Dewan Rakyat untuk melantik individu yang sesuai mengisi jawatan tersebut dan diletakkannya institusi tersebut dibawah “judiciary branch”.

Memetik laporan, Exco Armada Nasional Muzzammil Ismail dilaporkan berkata Perdana Menteri sememangnya mempunyai kuasa veto dalam memutuskan sesuatu tanpa perlu merujuk Kabinet.

Oleh itu tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang baharu tanpa merujuk Kabinet tidak perlu dipertikaikan kerana Dr Mahathir berhak membuat keputusan tersebut.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.