Bulan Penuh Keinsafan… Marhaban Ya Ramadan

KUALA LUMPUR, 2 April – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan merakamkan ucapan selamat menjalankan ibadah puasa kepada seluruh rakyat Malaysia pelbagai peringkat. Katanya, sambutlah Ramadan bulan yang barakah ini dengan penuh keinsafan. “Untuk semua muslimin dan muslimat… selamat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan Al Mubarak. “Semoga kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta kesihatan yang baik […]

» Read more

Pengeluaran RM10K Tidak Memberi Kesan Terhadap Portfolio Dan Strategi KWSP – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 2 April – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan pengeluaran Khas RM10,000 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak memberi kesan terhadap pelaburan institusi tersebut. Katanya, pengeluaran ini akan mengimbangi portfolio bagi mengatasi kesan prestasi pelaburannya. “Ternyata benarlah hujah saya selama ini (walaupun setiap hari dikecam di ruangan facebook (FB) saya) bahawa kesan pengeluran […]

» Read more

Pendedahan Tun M: Apakah Jaminan Kepada Negara Akan Terus Stabil? – Dr Asyraf Wajdi

KUALA  LUMPUR, 1 April – Pendedahan Tun Dr Mahathir Mohammad hari ini yang mendakwa bekas perdana menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta sokongannya dalam usaha untuk menjadi perdana menteri sekali lagi menimbulkan perbualan di kalangan orang-orang politik. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut berkongsi mengenainya di Facebook beliau dengan menimbulkan beberapa persoalan yang cukup […]

» Read more

Pensyarah Juga Pendidik/Murabbi, Bukan Sekadar Sampaikan Ilmu Bahkan Tanamkan Adab – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Seorang pensyarah juga adalah seorang pendidik atau disebut dengan istilah murabbi, ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. “Kenapa Islam menggunakan istilah murabbi? Ini kerana seorang murabbi bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi turut mencanai dan menanam adab ke dalam diri anak muridnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. Justeru jelas Dr […]

» Read more

Dap Lempar Pelbagai Dakwaan Sebab Risau Kebangkitan BN – Shahril

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan membidas kepimpinan Dap yang melemparkan tuduhan kepada Barisan Nasional (BN) terhadap pembangunan Negeri Pulau Pinang sebelum ini. Dalam hal ini, Shahril menerangkan tentang apa sebenarnya yang telah BN lakukan terhadap Pulau Pinang. “Daripada 1981 hingga 2018, kerajaan BN membelanjakan RM24.75 bilion untuk pembangunan di Pulau Pinang. “Ini termasuklah 4.5 bilion […]

» Read more

Gunakan Sebaiknya Pengeluaran One-Off KWSP – Asyraf  

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap pengeluaran khas RM10,000 secara One Off dapat digunakan sebaiknya oleh pencarum yang akan mengeluarkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Menurut beliau informasi ringkas berkaitan perkara berkenaan yang baru sahaja dimuatnaik menerusi laman sesawang KWSP dilihat cukup mudah dan ketiadaan syarat-syarat yang menyukarkan. “KWSP […]

» Read more

10 ADUN Angkat Sumpah Sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor

JOHOR BAHRU, 26 Mac – Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Balai Menghadap, Istana Bukit Serene, di sini, hari ini. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang mengangkat sumpah adalah Ketua Pemuda UMNO Johor yang juga Adun Larkin, Mohd Hairi […]

» Read more

Gaji Minima RM1,500 Keputusan Tepat Dan Pada Masa Sesuai – Shahril

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan berpandangan kenaikan kadar gaji minimum semasa daripada RM1,200 kepada RM1,500 adalah sesuai pada ketika ini. Beliau malah membidas kenyataan segelintir pihak yang membantah pelaksanaan had gaji ini kerana dikatakan memberi bebanan kepada majikan kerana kos perbelanjaan syarikat bertambah. “Kita kena sedar peningkatan gaji minimum tidak bermaksud kos gaji pekerja […]

» Read more

Pembangkang Ingkar MoU, Yang Pasti Kerajaan Tidak Boleh Ditadbir Dengan Ihsan Mereka

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Kerajaan tidak boleh selamanya ditadbir dengan mengharapkan ihsan pembangkang, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Katanya, mana mungkin kestabilan politik mampu dicapai jika negara berterusan sebegitu dan mana mungkin keyakinan pelabur mampu diraih jika kerajaan dilihat tidak stabil serta boleh diugut pada bila-bila masa. Merujuk kepada penolakan usul bagi melanjutkan […]

» Read more
1 361 362 363 364 365 603