Beku Akaun UMNO : Khairy Harap Hanya Untuk Siasatan

BAGAN SERAI, 28 Jun – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun UMNO pusat dan beberapa negeri diharap hanya untuk menjalankan siasatan bukan usaha untuk mengharamkan parti itu, kata calon presiden UMNO Khairy Jamaluddin. Khairy berkata sekiranya dipilih sebagai presiden UMNO beliau akan bertindak segera dan berusaha untuk memastikan akaun dan harta sah milik UMNO tidak dirampas. “(Sekiranya menang) […]

» Read more

Ahli Parlimen Bukit Gantang keluar UMNO, BN

TAIPING, 27 Jun –  Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal hari mengumumkan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa 1 Julai ini. Syed Abu Hussin yang memenangi kerusi Parlimen itu atas tiket BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan majoriti 4,089 undi, turut  mengisytiharkan peletakan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang dan Pengerusi […]

» Read more

UMNO Mampu Bangkit Jika Anggota Bebas Bersuara – Ku Li

KANGAR, 27 Jun – Tengku Razaleigh Hamzah yakin UMNO mampu bangkit semula dan menerima sokongan orang Melayu jika anggotanya diberi kebebasan bercakap dan menegur pemimpin  mereka. Katanya itulah yang dimahukan oleh anggota UMNO selepas parti tersebut mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum lalu. “Mereka mahukan perubahan,” katanya selepas menemui pemimpin-pemimpin UMNO Perlis di Hotel Putra Regency di sini hari ini yang turut dihadiri  Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Shahidan Kassim. Bagaimanapun  Timbalan Pengerusi yang juga Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man tidak kelihatan. Tengku Razaleigh mengulas hasil pertemuannya dengan pucuk pimpinan UMNO negeri-negeri selepas menawarkan diri bertanding jawatan presiden parti pada pemilihan 30 Jun ini. Wakil […]

» Read more

UMNO Sabah Masih Relevan, Namun Perlu Diubah Suai

KOTA KINABALU, 27 Jun – UMNO Sabah masih relevan, namun perlu diubah suai serta ditambah relevannya kepada ahli dan pengundi untuk menghadapi pilihan raya akan datang, kata calon Presiden UMNO Khairy Jamaluddin. Beliau berkata dakwaan pihak tertentu bahawa UMNO di Sabah tidak lagi relevan adalah tidak tepat kerana masih ramai anggota parti yang menghadiri setiap mesyuarat perwakilan yang diadakan di […]

» Read more

Ambil Pengajaran Perang Uhud Untuk UMNO Bangkit

KANGAR 26 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuntik semangat ahli UMNO agar mengambil sirah kekalahan sementara tentera Islam pada peperangan Uhud satu ketika dahulu untuk dihayati secara mendalam untuk dijadikan landasan kebangkitan parti. Menurut beliau jika dikaji pada peperangan berkenaan tentera Islam mempunyai keyakinan yang tinggi untuk memenanginya namun disebabkan […]

» Read more

Pemberian Autonomi Politik Kepada UMNO Sabah, Manifesto KJ

SANDAKAN, 26 Jun – Pemberian autonomi politik kepada UMNO Sabah menjadi manifesto calon Presiden UMNO Khairy Jamaluddin. Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata ia termasuklah membabitkan jawatan Naib Presiden untuk wakil dari UMNO Sabah. Pemilihan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah juga akan ditentukan oleh negeri ini sendiri dan penurunan kuasa pentadbiran antaranya membabitkan disiplin. “Kedudukan Sabah diiktiraf berbeza dengan negeri lain terutama ketika menubuhkan Malaysia […]

» Read more

Najib Harap Pimpinan Baharu Sayap UMNO Dapat Galas Tanggungjawab Sebaiknya

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Bekas presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada semua kepimpinan sayap UMNO yang dipilih memegang jawatan pada pemilihan parti itu. Bekas perdana menteri itu berharap pemimpin yang memenangi jawatan itu dapat menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya. “Tahniah kepada sayap-sayap UMNO dan semua yang dipilih untuk pegang jawatan. Semoga tanggungjawab dapat digalas sebaiknya,” […]

» Read more

Pemuda Buang Imej Elitis, Bangsawan Untuk Dekati Rakyat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Pemuda UMNO akan membuang imej elitis dan bangsawan untuk mendekati rakyat demi membina semula kepercayaan terhadap parti tersebut, kata ketuanya yang baharu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. “Apa yang kami akan buat selepas pembentukan Exco ialah kita akan jelajah ke seluruh 191 bahagian, dan kita akan tidur di rumah Ketua Pemuda Cawangan di kampung-kampung. Tidak lagi […]

» Read more

Wanita UMNO Siap Sedia Bantu Pulihkan UMNO

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Wanita UMNO di bawah kepimpinan baharu kini bersiap sedia untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan masyarakat terhadap parti itu selepas dipukul badai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Wanitanya Datuk Dr. Noraini Ahmad. Beliau berkata itu misi utama dalam membina semula Pergerakan Wanita sebagai tulang belakang parti dalam membantu UMNO untuk terus digeruni kawan dan […]

» Read more
1 258 259 260 261 262 605