Najib Harap Pimpinan Baharu Sayap UMNO Dapat Galas Tanggungjawab Sebaiknya

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Bekas presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada semua kepimpinan sayap UMNO yang dipilih memegang jawatan pada pemilihan parti itu.

Bekas perdana menteri itu berharap pemimpin yang memenangi jawatan itu dapat menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya.

“Tahniah kepada sayap-sayap UMNO dan semua yang dipilih untuk pegang jawatan. Semoga tanggungjawab dapat digalas sebaiknya,” kata Najib dalam catatan Twitter beliau malam ini.

Pemilihan sayap UMNO itu menyaksikan bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyandang jawatan Ketua Pemuda; Anggota Parlimen Parit Sulong Datuk Dr Noraini Ahmad Ketua Wanita; dan bekas Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan Ketua Puteri UMNO yang baharu.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.