Keprihatinan UMNO Konsisten, Teruskan Khidmat Bakti Bantu Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Pasca bencana banjir yang melanda hingga minggu kedua ini terus mendapat keprihatinan pimpinan UMNO termasuk akar umbi dalam menyalurkan khidmat bakti dengan membantu mereka yang terkesan. Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim bersama Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkunjung ke Padang Jawa memberikan 1,000 pek makanan asas dan […]

» Read more

Bencana Banjir, Perhimpunan Agung UMNO 2021 Ditangguhkan

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa Presiden, Timbalan Presiden, Jawatankuasa Pengurusan UMNO serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi bersetuju agar Perhimpunan Agung UMNO 2021 ditangguhkan. Katanya ini disebabkan bencana banjir yang berlaku di banyak kawasan dan pimpinan UMNO akar umbi diminta membantu mangsa-mangsa banjir. “Ada beberapa bahagian seperti Kota Raja dan Klang masih […]

» Read more

UMNO Sabah Saran Kerajaan Cari Pendekatan Baharu Menangani Masalah Banjir

SHAH ALAM, 24 Dis – Kerajaan perlu mencari pendekatan baharu bagi menangani isu banjir yang sering berlaku di negara ini. Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Ketua UMNO Sabah berkata setuasi banjir yang kerap kali berlaku di negara ini bukanlah perkara biasa selain faktor perubahan iklim dunia, ia juga berlaku kerana pembangunan tidak terancang, pengabaian aspek […]

» Read more

Banjir: Jentera UMNO Terus Komited Bantu Rakyat – Ahmad Maslan

KUALA SELANGOR, 22 Dis – Setiausaha Agung (SUA) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata semua jentera UMNO di seluruh negara komited membantu semua mangsa banjir yang terjejas sekarang ini. Katanya yang telah turun di sekitar Lembah Klang dan Selangor, beliau melihat jentera UMNO khususnya sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri turut serta menguruskan mangsa banjir seperti memasak makanan serta […]

» Read more

Sana Sini… UMNO Turun Padang Salur Khidmat Bantu Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Bencana banjir yang melanda Lembah Klang dan Selangor selain Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan serta Perak telah mendorong UMNO turun padang untuk menyalurkan khidmat bakti dengan membantu mereka yang terkesan. Keprihatinan ahli-ahli UMNO termasuk para pemimpinnya dari pelbagai lapisan dan latar belakang menyantuni mangsa banjir yang terjejas dengan memainkan pelbagai peranan yang antaranya menggerakkan […]

» Read more

Banjir: UMNO Harap Bantuan Digerakkan Ke Tahap Maksima, Jentera Parti Dikerah Berkhidmat

KUALA LUMPUR, 19 Dis – UMNO mengharapkan agar jentera dan agensi Kerajaan Pusat serta Kerajaan Negeri digerakkan ke tahap maksima bagi membantu mangsa banjir khususnya di Selangor dan di beberapa negeri lain Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Skuad Sabil, Skuad Sayang, UMNO Bahagian, UMNO Cawangan empat peringkat Wanita, Pemuda, Puteri di seluruh negara juga perlu segera membantu […]

» Read more

Kepimpinan, MT UMNO Teliti Usul Bahagian Mengenai PRU15 Dan Pemilihan Parti

BAGAN DATUK, 18 Dis – Kepimpinan tertinggi dan Majlis Tertinggi UMNO akan meneliti semua usul-usul yang akan dikemukakan oleh UMNO bahagian, terutama berkaitan usul mengadakan pilihan raya lebih awal dan pemilihan parti, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata ibu pejabat akan meneliti berapa yang mahukan pilihan raya awal, berapa yang mahukan pemilihan awal dan pihaknya tidak […]

» Read more

UMNO Amalkan Keterbukaan Tapi Jangan Sampai Rosakkan Parti – Zahid

BAGAN DATUK, 18 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO mengamalkan keterbukaan dalam berbeza pandangan, tetapi jangan sampai keterbukaan itu merosakkan parti. Menurutnya, apa yang berlaku kepada UMNO kini menunjukkan kematangan parti berpolitik dengan sikap telus, terbuka dan meraikan setiap perbezaan. “Saya amat meraikan perbezaan pendapat apatah lagi kepelbagaian yang dilontarkan dan menyantuni semula pendapat-pendapat […]

» Read more

UMNO Pasir Puteh Usul Pinda Perlembagaan Parti, Tetapkan Pemilihan Selepas PRU

PASIR PUTEH, 18 Dis – Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh hari ini sebulat suara mengusulkan cadangan untuk meminda perlembagaan parti itu bagi menetapkan pemilihan UMNO diadakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU). Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman, berkata pihaknya juga akan mengusulkan kepada kepimpinan parti itu untuk mengadakan Perhimpunan Agung Khas UMNO bagi tujuan tersebut. “Ketetapan sebulat suara […]

» Read more
1 187 188 189 190 191 599