Bencana Banjir, Perhimpunan Agung UMNO 2021 Ditangguhkan

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa
Presiden, Timbalan Presiden, Jawatankuasa Pengurusan UMNO serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi bersetuju agar Perhimpunan Agung UMNO 2021 ditangguhkan.

Katanya ini disebabkan bencana banjir yang berlaku di banyak kawasan dan pimpinan UMNO akar umbi diminta membantu mangsa-mangsa banjir.

“Ada beberapa bahagian seperti Kota Raja dan Klang masih tidak dapat mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian kerana dilanda musibah banjir,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Maklumnya, Perhimpunan Agung UMNO biasanya melibatkan hampir 6,000 pemimpin akar umbi Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri daripada 191 UMNO Bahagian dan ribuan lagi pemerhati dari seluruh negara.

“Tarikh PAU2021 sepatutnya ialah pada 12-15 Januari 2022, akan ditangguh ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

“UMNO bersama berdukacita terhadap rakyat yang terkesan kerana bencana banjir dan berharap jentera UMNO dan Barisan Nasional serta Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri terus membantu mereka,” katanya lagi. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.