SPR Umum PRN Enam Negeri Serentak, Mengundi 12 Ogos

PUTRAJAYA, 5 Julai – Pengundi di enam negeri akan menjalankan tanggungjawab pada 12 Ogos untuk keluar mengundi apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) dilaksanakan serentak di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam pengumuman hari ini berkata berkata tarikh penamaan calon bagi pelaksanaan PRN di enam negeri itu […]

» Read more

Kerajaan Tidak Benarkan Al-Quran Dicetak Dalam Tulisan Rumi – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Kerajaan tidak akan membenarkan al-Quran diterbitkan dalam tulisan rumi atau bahasa-bahasa lain selain bahasa bahasa Arab di negara ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata perkara itu jelas dinyatakan di dalam peruntukan undang-undang di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (APTQ 1986)(Akta 326). “Al-Quran mestilah menggunakan teks asal iaitu dalam […]

» Read more

RISDA Peruntuk RM74.46 Juta Tingkatkan Pendapatan Pekebun Kecil

BATU PAHAT, 10 April – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyediakan peruntukan berjumlah RM74.46 juta bagi usaha meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta kebergantungan kepada hasil selain penanaman getah. Pengerusi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM44.46 juta adalah untuk Program Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Keusahawanan. Beliau berkata baki RM30 juta pula untuk Program Agromakanan, dan kedua-dua bantuan itu akan […]

» Read more

Masih Ada Ruang Perundangan Bagi Najib Mendapat Pembelaan Sewajarnya – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 2 April – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu yang menolak permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk diberi kebenaran menyemak keputusan rayuan akhir berhubung kes SRC International Sdn Bhd. Ujar Menteri Besar Pahang itu, sebagai rakyat Malaysia yang […]

» Read more

Najib Tidak Diwakili Semasa Rayuan, Berlaku Ketidakadilan, Kata Hakim

PUTRAJAYA, 31 Mac – Hakim tunggal yang bersetuju supaya permohonan semakan Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan berpendapat adalah tidak adil bagi bekas perdana menteri itu terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dilakukan peguamnya dalam prosiding rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd. Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli, yang mempengerusikan panel lima hakim, berkata peguam Najib […]

» Read more

Terserah Kepada RoS Untuk Tentukan Keabsahan PAU 2022 – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 23 Jan – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menentukan keabsahan usul tambahan yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 berkaitan jawatan tertinggi parti itu. Beliau berkata laporan mengandungi usul tambahan berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding pada pemilihan parti akan datang perlu diabsahkan agar dapat menghentikan segala spekulasi […]

» Read more

Suruhanjaya Undang-Undang, Pasukan Petugas Khas Antara Perkara Ingin Diketengah Azalina

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Cadangan penubuhan Suruhanjaya Undang-Undang di Malaysia dan Pasukan Petugas Khas berkaitan Reformasi Institusi adalah antara perkara yang akan diketengah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata Suruhanjaya Undang-Undang yang berdiri sendiri serta bebas daripada Jabatan Peguam Negara akan membolehkan ia terlibat dengan spektrum bakat yang […]

» Read more

Konon Bawa Politik Nafas Baru, Akmal Nasir Ambil Kesempatan Manipulasi Isu Setempat

JOHOR BAHRU, 21 Okt – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar membidas ahli Parlimen kawasan tersebut yang sengaja bermain politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Katanya, Akmal Nasir juga bersikap melulu dan membuat tuduhan tidak berasas membabitkan isu perobohan beberapa buah rumah setinggan di Kampung Bakar Batu. “Sebagai seorang bekas Ahli Parlimen yang kononnya membawa politik […]

» Read more

Tak Guna Logo PN: Cubaan Pas Kaburi Penyokong Sendiri, Tak Yakin Dengan PN

  PONTIAN, 15 Okt – Keputusan pimpinan Pas tidak mahu menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu di dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah strategi untuk mengaburi dan mengelirukan pandangan penyokong mereka semata-mata. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tindakan itu seolah-olah Pas mahu menunjukkan kepada penyokong kuat di negeri-negeri itu yang diketahui […]

» Read more

Hati-hati Berita Palsu, Memang Wujud Agenda Burukkan Pemimpin Untuk Rosakkan Negara

PUTRAJAYA, 17 Julai – Bendahari UMNO merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan orang ramai bahawa sememangnya wujud agenda oleh pihak yang mahu merosakkan negara termasuklah dengan memburuk pemimpin. Maka kerana itu katanya, pihak terbabit akan buat macam-macam cerita bagi mempengaruhi minda rakyat. “Kerana itu sekarang ini banyak ‘fake news’ dari ‘real news’. Yang menyedihkan berita-berita […]

» Read more
1 5 6 7 8 9 13