Kerap Sangat Buat ‘U-Turn’, Rakyat Cameron Highlands Perlu Undi BN Untuk Tolak PH

JELAI, 16 Jan – Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris menyarankan agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak terlalu kerap membuat ‘u-turn’ termasuklah isu berhubung gambar pemberian duit yang dikatakan oleh jentera parti itu di dalam media sosial sehingga menimbulkan pelbagai pendapat berhubung isu berkenaan yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands. Menurut beliau apabila terkena kepada pihak […]

» Read more

Kemenangan Calon BN Lambang Kepelbagaian Yang BN Bina Selama Ini

TANAH RATA, 16 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor nanti adalah cerminan kepelbagaian yang BN bina selama ini. Jelas beliau, inilah peluang kepada pengundi di Cameron Highlands untuk mempamerkan walau sekecil manapun kaum itu, ia tetap ada tempat dalam pemerintahan negara […]

» Read more

Laporan Kepada SPRM

PUTRAJAYA, 15 Januari — Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk C. Sivaraajh bersama kepimpinan pemuda komponen BN berjalan keluar dari bangunan SPRM selepas membuat laporan mengenai unsur salahlaku berkaitan rasuah melibatkan Pakatan Harapan pada kempen PRK Cameron Highlands baru – baru ini. Foto:MediaUMNO

» Read more

Kalaupun PH Tertekan Dengan Isu, Janganlah Sampai Lempar Fitnah – Zahida

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Kalaupun Pakatan Harapan (PH) tertekan dengan macam-macam isu yang makan diri mereka, tak perlulah sampai lempar fitnah kepada jentera-jentera Barisan Nasional (BN), tegas Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan. Beliau berkata demikian berikutan penyebaran gambarnya dan jentera Puteri UMNO bersama Kaum Semai ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands disebar dalam Facebook […]

» Read more

Rasuah, Salah Guna Kuasa, Kronisme… Tak Apa, Asal PH Semua Boleh Tapi BN Semua Salah…

KUALA LUMPUR, 14 Jan – “Barisan Nasional (BN) sahaja yang tidak boleh bagi duit, namun sebaliknya jika ia melibatkan Pakatan Harapan (PH), kerana PH merupakan sebuah parti yang ‘suci murni’,” demikian sindir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Adnan Seman berhubung gambar seorang wanita berbaju merah dengan logo PH mengagihkan wang kepada beberapa pemuda yang tular di media sosial. […]

» Read more

Sokongan Untuk Calon BN

Tanah Rata, 13 Januari — Calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Nor bersama Pemuda MIC dan Pengundi India melaungkan ‘Hidup BN’ ketika hadir pada perjumpaan bersama jentera MIC dalam kempen Pilihanraya Kecil (PRK) P 078 Cameron Highland di Bilik Gerakan MIC, Perumahan Makmur di sini tengahari ini. – Foto : MediaUMNO

» Read more

Lantikan Politik PH Dalam GLC : #JanjiTipuPalsu – Anuar Manap

SEKIJANG, 9 Jan – Pengerusi Penaja Pembela Bangsa Felda (PEMBELA), Anuar Abd Manap berkata, tindakan kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) membuat lantikan politik dalam syarikat milik kerajaan (GLC) ternyata membuktikan bahawa segala janji mereka adalah janji palsu. Jelas beliau, antara janji manifesto PH adalah, menjadikan pentadbiran semua GLC setaraf dengan piawaian antarabangsa dan akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke […]

» Read more

PM Jangan Jadi Alat Dap, Kembalikan Hak Melayu Dan Bumiputera

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digesa untuk tidak tunduk dengan pihak lain khususnya Dap yang dilihat lebih dominan dalam pentadbiran. Koordinator Himpunan Daulat 812, Datuk Seri Tajuddin Rahman berkata, kerajaan perlu mengembalikan hak golongan Melayu Bumiputera, hak golongan petani, nelayan dan juga hak pelajar-pelajar. “Jangan pinggirkan orang Melayu dan Islam kerana kita akan bangkit […]

» Read more

ICERD : Menteri PH Memang Gagal, PM Kena Jawab Di Parlimen

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Sekiranya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) serius mahu isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) reda, seharusnya Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjawab dan menjelaskannya di Parlimen, kata Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Katanya, P. Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri memang […]

» Read more
1 545 546 547 548 549 552