Perkukuhkan Parti

Kuala Lumpur, 13 Februari — Timbalan Presiden yang menjalankan tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan kata-kata semangat untuk memperkukuhkan Parti dan menarik seramai mungkin golongan orang muda untuk menyokong Barisan Nasional ketika hadir pada perjumpaan bersama Exco Pemuda UMNO Malaysia di PWTC tengahari ini. Turut bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. – Foto : […]

» Read more

Teater Promosi Hubungan Bebas Dan Songsang Dibantah, Mujahid Digesa Jangan Ambil Mudah

NIBONG TEBAL, 13 Feb – Pemuda UMNO Nibong Tebal membantah sekeras-kerasnya tayangan sebuah teater yang mempromosikan hubungan bebas dan songsang di negara ini. Menurut Ketuanya, Mohd Norhiesam Ismail, tayangan tersebut perlu dibatalkan segera kerana bertentangan dengan agama dan sosio-budaya masyarakat di Malaysia. Justeru Norhiesam menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa yang menjaga hal ehwal agama […]

» Read more

Cakap Tak Serupa Bikin, Harapan Palsu Jadi Penilaian Tolak PH

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Ketua Pemuda UMNO Hulu Langat, Mohamad Shahir Mohd Yusof berkata pemimpin Pakatan Harapan (PH) diibaratkan seperti ‘cakap tak serupa bikin’ kerana mereka hanya sekadar berjanji selain memberikan harapan palsu terhadap golongan muda. Jelasnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang lalu, PH menjanjikan bulan dan bintang kepada golongan muda, namun hari ini umumnya rata-rata […]

» Read more

Apa Fungsi Sebenar Majlis Tindakan Ekonomi Negara? – Shahril

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan menimbulkan persoalan apakah fungsi sebenar penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang kononnya untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi serta kewangan dan kebajikan rakyat. Menyenaraikan beberapa kemusykilan mengenainya, beliau turut melontarkan apakah penubuhan MTEN semata-mata untuk  ‘sideline’  bakal Perdana Menteri (PM) atau penubuhannya boleh menaikkan […]

» Read more

Perlawanan Persahabatan

HULU LANGAT 10 Feb–Perlawanan Futsal Persahabatan sebagai simbolik kerjasama utuh yang terus disemarakkan di antara Pergerakan Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda Pas. Turut bersama Pemuda Ikatan dan Pemuda Berjasa. Mohon doakan agar kerjasama yang diikat atas nilai ukhuwwah dan disemangati landasan perjuangan memartabatkan Agenda Islam dan Ummah

» Read more

Jadikan PRK Semenyih Referendum Rakyat, Peluang Suarakan Rasa Tak Puas Hati Terhadap PH

SEMENYIH, 10 Feb – Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menekankan bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih perlu dijadikan platform terbaik untuk rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap prestasi Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH). Katanya, PRK ini akan dijadikan penanda aras bagi melihat sejauh mana keyakinan rakyat terhadap jalinan […]

» Read more

Maklumat Akademik Palsu Satu Sejarah Hitam Kerajaan Malaysia Baharu

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, YB Mohd Shahar Abdullah menyifatkan pendedahan mengenai status ijazah dimiliki Timbalan Menteri Luar yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Marzuki Yahya yang didakwa palsu sebagai satu sejarah hitam bagi sebuah kerajaan Malaysia baharu. Tegasnya membekalkan maklumat palsu merupakan suatu kesalahan yang amat besar dalam mana-mana organisasi […]

» Read more

Memalukan!!… Usah Pertaruh Integriti, Timbalan Menteri Luar Wajar Letak Jawatan – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan pendedahan mengenai status sijil ijazah Universiti Cambridge YB Senator Datuk Marzuki Yahya yang didakwa palsu sebelum diubah kepada nama universiti lain yang tidak diiktiraf oleh mana-mana badan akreditasi pendidikan adalah amat memalukan negara. Sambil menafikan kenyataan tersebut bermaksud seseorang itu harus berkelayakan tinggi jika ingin […]

» Read more

Janji Tidak Masuk Akal… Apa Pembelaan Kerajaan PH Kepada Masyarakat FELDA?

KUALA LUMPUR, 7 Feb – “Satu janji tidak masuk akal,” ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang Aznan Tamin berkaitan janji Pakatan Harapan (PH) yang kononnya mahu menghapuskan 50 peratus hutang peneroka FELDA. Jelas beliau, mana mungkin janji tersebut dilaksanakan kerana sekiranya harga komoditi kelapa sawit turun dengan mendadak maka ia akan menyebabkan peneroka bertambah sengsara dan susah. “Anda bayangkanlah […]

» Read more
1 456 457 458 459 460 543