‘Betapa Ruginya Perpecahan’

Shah Alam, 26 Julai – Ruangan Diskusi N49 malam ini mengupas isu ‘Betapa Ruginya Perpecahan’ dengan menampilkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid bersama dengan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Helmi Hanafi (Moderator). Diskusi ini diadakan sempena Pilihanraya Kecil DUN N.49 Sungai Kandis. – Foto : MediaUMNO

» Read more

Tangani Segera Khazanah Dan GLC Di Bawah Naungannya – Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Peletakan jawatan semua sembilan ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Berhad, patut ditangani oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar tidak membantutkan pertumbuhannya serta GLC di bawah naungannya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata pembangkang tidak mahu menyentuh isu peletakan jawatan ini tetapi bimbang dengan kedudukan portfolio pelaburan […]

» Read more

Fakta Dan Rekod Buktikan BN Wariskan Negara Dalam Keadaan Yang Sangat Baik

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pemimpin kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) seharusnya bersikap lebih telus dan mengakui kebenaran, bukannya masih meneruskan mentaliti sebagai seorang pembangkang. Jelas beliau, rakyat boleh menilai sikap mereka ketika berbahas di dalam Dewan Rakyat yang masih terus-terusan berpolitik menuding jari ke arah orang lain. “PH sepatutnya mengakui […]

» Read more

Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen PH Ceria Sebagai ‘Kekanda’ dan ‘Adinda’

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Sapaan ‘kekanda’ dan ‘adinda’ antara anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang yang saling berseloroh mesra hari ini menceriakan suasana di Dewan Rakyat yang kebiasaannya ‘panas’ dengan pelbagai isu. Ia bermula apabila S. Kesavan (PH-Sungai Siput) yang mengambil giliran membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V membahasakan dirinya sebagai ‘adinda’ ketika menyapa Ketua Pembangkang Datuk Seri […]

» Read more

Kita Akan Bantu Kerajaan PH Yang Masih Kekok Jadi Kerajaan – Annuar Musa

  KUALA LUMPUR, 26 Jul – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, para pemimpin kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) masih kelihatan tidak begitu selesa bertindak sebagai kerajaan kerana masih tidak memahami dengan jelas dasar-dasar kementerian masing-masing. Jelas beliau, kerana itulah ketika menjawab persoalan yang diutarakan dalam sidang Dewan Rakyat, mereka masih menjawab dalam bentuk pendapat peribadi daripada […]

» Read more

‘Live’ Malam Ini: ‘Betapa Ruginya Perpecahan’ Jadi Isu Kupasan Diskusi N49

SHAH ALAM, 26 Julai – Diskusi N49 yang mengupas isu-isu semasa sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis malam ini membawakan tajuk ‘Betapa Ruginya Perpecahan’. Menerusi diskusi tersebut, panel yang akan bersiaran ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Ahli Parlimen Padang Terap untuk bergandingan dengan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Senator Datuk Megat […]

» Read more

Noh Omar Kecewa Kenyataan Menteri Hina Orang Melayu Penerima BR1M

SHAH ALAM, 26 Julai – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar menyatakan rasa sedih dan kecewa dengan kenyataan seorang Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malik memperlekehkan orang Melayu yang menerima skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dengan kenyataan yang berbunyi seolah-olah menghina orang Melayu yang merupakan bangsa paling ramai menerima bantuan tersebut. Menurut Noh, inilah masalah orang Melayu yang […]

» Read more

Wartawan Malaysiakini Ditempelak Tanya Soalan Provokasi

  KUALA LUMPUR, 26 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa membidas wartawan Malaysiakini yang cuba bertanyakan soalan provokasi berkaitan kenyataan beliau akan berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) Langkawi selepas PRK Sungai Kandis. Annuar menyarankan agar rakaman ucapan beliau di dalam Dewan Rakyat itu didengar dengan teliti sebelum cuba membuat sebarang kesimpulan. “Itu bukan karektor saya… dengar rakaman […]

» Read more

Bertanya Khabar

Klang, 26 Julai–Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam bertanya khabar kepada Jaafar Kassim, 55 yang menghidap penyakit angin ahmar ketika hadir pada program Ziarah Kasih Bersama Masyarakat dalam kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Sungai Kandis di Taman Setia petang ini. – Foto : MediaUMNO  

» Read more

Perbincangan

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Ahli Parlimen Lenggong merangkap Ketua Penerangan UMNO Datuk Shamsul Anuar Nasarah berbual bersama Ahli Parlimen Pekan merangkap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Bangunan Parlimen petang tadi. Foto:MediaUMNO

» Read more
1 4,500 4,501 4,502 4,503 4,504 4,595