Wartawan Malaysiakini Ditempelak Tanya Soalan Provokasi

 

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa membidas wartawan Malaysiakini yang cuba bertanyakan soalan provokasi berkaitan kenyataan beliau akan berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) Langkawi selepas PRK Sungai Kandis.

Annuar menyarankan agar rakaman ucapan beliau di dalam Dewan Rakyat itu didengar dengan teliti sebelum cuba membuat sebarang kesimpulan.

“Itu bukan karektor saya… dengar rakaman saya itu… saya kata pilihan raya berlaku kerana takdir Ilahi dan ia boleh berlaku di mana-mana baik di Langkawi, Bera, Ketereh. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

“Kita kena ‘respect’ kepada seseorang yang telah dilantik menjadi Perdana Menteri. Jangan main-mainkan dia, dia ada kerja hendak buat jadi hormat dia sebagai Perdana Menteri. Beliau juga bekas ketua saya dan beliau telah dipilih oleh rakyat.

“Jangan cakap yang tidak elok. Kalau ada yang salah faham maksud saya, saya boleh minta maaf sebab itu bukan maksud saya,” tegas beliau.

Annuar sebelum ini dilaporkan berkata, PRK Sungai Kandis adalah ujian Allah kepada Selangor dan tidak diketahui di mana pilihan raya seterusnya akan diadakan, dan ia mungkin di Langkawi atau tempat lain. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.