‘Live’ Malam Ini: ‘Betapa Ruginya Perpecahan’ Jadi Isu Kupasan Diskusi N49

SHAH ALAM, 26 Julai – Diskusi N49 yang mengupas isu-isu semasa sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis malam ini membawakan tajuk ‘Betapa Ruginya Perpecahan’.

Menerusi diskusi tersebut, panel yang akan bersiaran ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Ahli Parlimen Padang Terap untuk bergandingan dengan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Senator Datuk Megat Zulkarnain.

Diskusi N49 ini akan bersiaran secara langsung pada pukul 9.00 malam dengan boleh diikuti menerusi laman facebook MediaUMNO.

Marilah bersama-sama mengikuti diskusi tersebut bagi mengetahui kupasan dan hujahan yang akan dilontarkan oleh para panelis di samping moderatornya, Helmi Hanafi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.