Zahid Dan Isteri Selamat Pulang Ke Tanah Air, Selesai Mengerjakan Haji

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis hari ini selamat pulang daripada Tanah Suci Mekah.  Beliau sebelum ini berangkat ke Mekah bersama jutaan umat Islam lain daripada seluruh dunia mengerjakan rukun Islam kelima. Ketibaan beliau dan isteri serta keluarga disambut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hj Hasan […]

» Read more

Ramah Mesra

Sepang, 29 Ogos–Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang baharu pulang dari mengerjakan haji beramah mesra bersama Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang bertemu secara kebetulan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) di sini petang ini. Turut bersama isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. – Foto : MediaUMNO

» Read more

Menunaikan Rukun Kelima

Sepang, 29 Ogos–Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan Pusat dan Bahagian yang turut menunggu kepulangan beliau dari mengerjakan haji di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) di sini petang ini. Turut sama isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. – Foto : MediaUMNO

» Read more

Bersih 2.0 Perlu Bersihkan Diri Dari Terus Jadi Alat Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Pemantau Malaysia Baru menyelar Bersih 2.0 yang sering bertindak berat sebelah berhubung perkara-perkara yang berkaitan proses pilihan raya di negara ini. Menurut Presidennya, Datuk Lokman Noor Adam, ini jelas kelihatan dengan tindakan Pemangku Pengerusi Bersih 2.0, Shahrul Aman yang dilaporkan telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) […]

» Read more

BR1M Dikatanya Rakyat Manja, Tabung Harapan Kerajaan PH Malas?

NIBONG TEBAL, 29 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Nibong Tebal berasa amat kesal dengan pemansuhan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) atau Bantuan Sara Hidup seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini. Jelas ketuanya Mohd Norhiesam Ismail, tindakan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan BR1M atas alasan tidak mahu terlalu memanjakan rakyat sehingga terpaksa bergantung […]

» Read more

Senarai SST Masih Kabur, Yang Pasti Kuda Paling Atas Dikecualikan SST – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata penyenaraian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang masih kabur dan bercelaru biarpun  hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk dilaksanakan bakal mengundang risiko kepada pengguna di negara ini. Menurut beliau apabila keadaan tersebut berlaku dikhuatiri terdapat mereka yang akan mengambil kesempatan terutama peniaga yang kurang beretika dengan […]

» Read more

Pemantau Malaysia Baru Serah Memorandum Kepada Kedutaan Amerika Esok

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Pemantau Malaysia Baru akan mengadakan protes aman di hadapan kedutaan Amerika Syarikat esok, Khamis serta penyerahan memorandum kepada kedutaan terbabit menolak campur tangan Amerika dalam urusan politik negara. Presidennya Datuk Lokman Noor Adam berkata penyerahan memorandum berkenaan akan dilakukan bersama lain-lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dijadualkan pada jam 9.30 pagi. “Kami akan menyerahkan memorandum bantahan […]

» Read more
1 4,459 4,460 4,461 4,462 4,463 4,604