Pemantau Malaysia Baru Serah Memorandum Kepada Kedutaan Amerika Esok


KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Pemantau Malaysia Baru akan mengadakan protes aman di hadapan kedutaan Amerika Syarikat esok, Khamis serta penyerahan memorandum kepada kedutaan terbabit menolak campur tangan Amerika dalam urusan politik negara.

Presidennya Datuk Lokman Noor Adam berkata penyerahan memorandum berkenaan akan dilakukan bersama lain-lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dijadualkan pada jam 9.30 pagi.

“Kami akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika berhubung pendedahan IRI (International Republican Institute) bahawa mereka membiaya dan mencampuri urusan politik negara ini sehingga rakyat terpaksa menanggung derita diperintah proksi Amerika yang gagal mentadbir negara dengan baik.

“Saya menyeru teman-teman yang berkelapangan untuk hadir beramai-ramai bagi menjayakan protes ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online, di sini.

Tegas Lokman jika rakyat Amerika tidak suka Rusia mencampuri urusan politik mereka, rakyat di negara ini juga tidak suka negara berkenaan mencampuri urusan politik Malaysia.

Kenyataan Penuh

PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA KEDUTAAN AMERIKA MENOLAK CAMPUR TANGAN AMERIKA DALAM URUSAN POLITIK MALAYSIA

Saya bersama NGO-NGO lain akan mengadakan protes aman di hadapan kedutaan Amerika, Jalan Tun Razak pada jam 9.30 pagi, KHAMIS ini, 30hb Ogos, 2018.

Kami akan menyerahkan memorandum bantahan kepada KEDUTAAN AMERIKA berhubung pendedahan IRI bahawa mereka membiaya dan mencampuri urusan politik negara ini sehingga rakyat terpaksa menanggung derita diperintah proksi Amerika yang gagal mentadbir negara dengan baik.

Saya menyeru teman-teman yang berkelqpngan untuk hadir beramai-ramai bagi menjayakan protes ini.

JIKA RAKYAT AMERIKA TIDAK SUKA RUSIA MENCAMPURI URUSAN POLITIK MEREKA, KAMI JUGA TIDAK SUKA AMERIKA MENCAMPURI URUSAN POLITIK NEGARA KAMI!

Dato’ Lokman Noor bin Adam
Presiden
Pemantau Malaysia Baru
0123320000
28hb Ogos, 2018

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.