Zahid Dan Isteri Selamat Pulang Ke Tanah Air, Selesai Mengerjakan Haji

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis hari ini selamat pulang daripada Tanah Suci Mekah. 

Beliau sebelum ini berangkat ke Mekah bersama jutaan umat Islam lain daripada seluruh dunia mengerjakan rukun Islam kelima.

Ketibaan beliau dan isteri serta keluarga disambut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hj Hasan serta pimpinan UMNO dan sanak saudara yang lain.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 2.45 petang kelihatan ceria dan sihat sambil tidak putus putus menerima ucapan selamat kembali daripada tanah suci Mekah daripada mereka yang menunggu ketibaannya  di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). -MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.