YB Rina Patut Fokus Bantu Masyarakat Luar Bandar, Bukan Buat Fitnah Atas Kerusi Empuk

KOTA BHARU, 12 Sept – Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Cik Rina Harun sepatutnya turun ke bawah dan selami apa yang dirasai rakyat pada masa kini, terutama setelah lebih 100 hari Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah dan bukannya menggunakan kerusi empuk yang diduduki untuk membuat fitnah semata-mata sebagai langkah populis meraih perhatian rakyat di atas cercaan kepada orang lain. Demikian […]

» Read more

Turunkan Harga Petrol Kepada RM1.50 Seliter Tiada Dalam Manifesto PH

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Kerajaan tiada rancangan untuk menurunkan harga petroleum sehingga ke paras RM1.50 seliter, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah. Beliau berkata kerajaan tiada rancangan sedemikian kecuali jika harga minyak mentah dunia turun ke paras itu. Malahan, katanya manifesto Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Umum lepas tidak menyenaraikan perkara itu sebagaimana yang didakwa segelintir pihak. “Saya […]

» Read more

Dewan Negara Tolak Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Persidangan Dewan Negara hari ini menolak Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018. Perkara itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S. A. Vigneswaran, selepas undi belah bahagian menyaksikan 28 anggota dewan tidak menyokong pemansuhan akta itu berbanding 21 yang menyokong, manakala tiga yang lain memilih untuk tidak mengundi. Usul undi belah bahagian dikemukakan […]

» Read more

Serang BN Cara Politik ‘Budak-budak’ Kit Siang Alih Fokus Rakyat Dalam Kemelut Kerajaan PH

ALOR SETAR, 12 Sept. – Ekonomi negara sedang merudum, ringgit semakin merosot, kerajaan kehilangan sumber pendapatan, perbalahan antara parti komponen, dan kelemahan pentadbiran mulai mewarnai Pakatan Harapan (PH), kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Justeru katanya, mereka menyambut pengumuman bahawa Mahkamah Tinggi Singapura meluluskan perintah pelupusan wang dianggarkan S$15.3 juta (RM45.93 juta) yang didakwa diselewengkan daripada dana 1MDB […]

» Read more

Bekas Adun Beserah Meninggal Dunia Akibat Angin Ahmar

KUANTAN, 12 Sept – Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah Datuk Faisal Abdullah, 70, meninggal dunia akibat angin ahmar di sebuah hospital swasta di sini, kira-kira pukul 11.45 malam tadi. Anak sulungnya Ahmad Fadzilan, 40, berkata arwah dimasukkan ke hospital itu sejak sembilan hari lalu selepas keadaan kesihatannya merosot selepas pulang daripada rawatan dialisis. “Ayah memang menghidap penyakit kencing […]

» Read more

Agong Berangkat Ke Istiadat Mengarak Panji-Panji

PUTRAJAYA, 12 Sept – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara di sini. Istiadat sembah ikrar taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Seri Paduka selaku Pemerintah Tertinggi ATM itu diadakan sempena sambutan ulang tahun rasmi hari keputeraan baginda pada Ahad lalu. Keberangkatan tiba Seri Paduka di […]

» Read more

Rina Perlu Lantik Pengerusi MARA Boleh Atasi Rekod Terbaik Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Pelik juga apabila Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun yang tidak mempertahankan MARA ketika ada cadangan agensi itu dicarik-carikkan atau diletak di bawah beberapa kementerian, tiba-tiba bercakap soal integriti MARA yang tinggi. Katanya, MARA tidak akan diterajui oleh orang seperti Tan Sri Annuar Musa sebaliknya di kalangan orang yang berkualiti dan professional, kononnya supaya agensi […]

» Read more

SST…Baru Empat Bulan Rakyat Sudah terkesan, Bukti PH Tak Hirau Ekonomi Negara – Shahar

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah berpandangan apa jua dasar yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini memperlihatkan mereka tidak mengambil kira keadaan sebenar yang berlaku dalam ekonomi negara. “Sebelum ini mereka menyatakan di Dewan Rakyat bahawa dengan terlaksana SST akan mengurangkan beban rakyat sedangkan rakyat sebaliknya makin terkesan dengan keadaan ekonomi […]

» Read more

Bergambar Kenangan

KUALA LUMPUR, 11 September — Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Bin Maslan dan Datuk Lokman Noor Adam serta Setiausaha Agung Veteran UMNO Datuk Mustapha Yaakub bergambar kenangan bersama sebahagian peserta pada acara penutup Seminar Agenda Melayu Agenda Nasional (AMAN) di Auditorium UMNO Menara Dato’ Onn petang tadi. Foto:MediaUMNO

» Read more
1 4,434 4,435 4,436 4,437 4,438 4,596