YB Rina Patut Fokus Bantu Masyarakat Luar Bandar, Bukan Buat Fitnah Atas Kerusi Empuk

Ropikah Ahmad


KOTA BHARU, 12 Sept – Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Cik Rina Harun sepatutnya turun ke bawah dan selami apa yang dirasai rakyat pada masa kini, terutama setelah lebih 100 hari Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah dan bukannya menggunakan kerusi empuk yang diduduki untuk membuat fitnah semata-mata sebagai langkah populis meraih perhatian rakyat di atas cercaan kepada orang lain.

Demikian selar Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor yang terpanggil untuk menjawab kenyataan yang di buat Cik Rina sebagaimana berikut: MARA Tidak Akan Diterajui Orang Seperti Annuar Musa https://m.malaysiakini.com/news/442658

“Selaku menteri, Cik Rina sepatutnya menonjolkan kebolehan sendiri sebelum mempertikai rekod lampau dan kebolehan orang lain.

“Fokus beliau sepatutnya kepada masyarakat luar bandar yang majoritinya berpendapatan rendah dan perlukan pembelaan dari pihak Kerajaan, sebagaimana golongan ini sangat diberi perhatian oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Sebaliknya yang berlaku ialah satu persatu bantuan kepada golongan ini ditarik oleh Kerajaan PH masa kini apatah lagi harga getah menjunam, harga sawit semakin jatuh, bantuan nelayan dihentikan, BR1M akan dimansuhkan dan banyak lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tindakan menteri terbabit dilihat tidak lebih sekadar ingin menutup kelemahan sendiri dengan terus menerus menuding jari ke arah pihak lain.

“Nampak seolah minda pembangkang masih dominan dalam jatidiri pemimpin Kerajaan PH hari ini.”

Beliau berpandangan Cik Rina juga tidak layak menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar kerana banyak faktor.

“Ini termasuklah kemenangan YB Cik Rina dalam PRU 14 lalu adalah dalam kawasan tengah-tengah bandaraya, bukannya di kampung atau luar bandar, menjadikan YB Cik Rina cetek pengalaman dengan isu-isu luar bandar.

“Selain itu, tiada apa-apa idea baru dari YB Cik Rina sejak menerajui KPLB melainkan fitnah dan cercaan ke atas pemimpin BN,” katanya lagi. – MediaUMNO

Komen Anda


2 months ago