UMNO Mahu Ambil Semula Aset-aset UMNO Yang Enggan Dipulangkan

KUALA LUMPUR, 30 Sept –  Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan, ada pemegang-pemegang amanah yang diberikan amanah untuk menjaga aset UMNO bertindak tidak mahu memulangkan semula aset tersebut dan mendakwa aset tersebut adalah milik mereka. Sehubungan dengan itu menurut Zahid, UMNO telah melantik Bendahari UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mengetuai tim bagi mendapatkan semula aset-aset UMNO yang […]

» Read more

Kami Masih Setia, UMNO Selamanya – Perwakilan

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Berbeza dengan perspektif yang digembar-gemburkan tentang UMNO yang sudah berada di garisan penamatnya, terbuktilah ramai yang masih setia dalam memperjuangkan nasib Melayu dan Bumiputera di negara ini. Ketua Pergerakan Puteri Bahagian Papar, Ummi Nabilah Jamal, berkata bagi menguatkan semula parti keramat ini, perubahan baru dari segi pentadbiran terutamanya struktur dalaman perlu diperkuat untuk mendapatkan kepercayaan […]

» Read more

Institut Pemikiran, Pengumpulan Data Ahli Profesional Dicadang Untuk Perkukuh Parti

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Perwakilan UMNO Johor, Datuk Zahari Sarip mencadangkan penubuhan Institut Pemikiran Kebangsaan bagi mengumpulkan anak-anak Melayu yang berkebolehan untuk menyumbang idea dalam memperkukuhkan kuasa politik dan ekonomi bangsa Melayu di negara ini. Menurut beliau, dengan wujudnya Institusi Pemikiran dan Kebangsaan ini, anak-anak Melayu yang mempunyai kebolehan dalam pelbagai bidang dan kluster dapat dihimpunkan untuk menggemblengkan tenaga […]

» Read more

UMNO Rakam Takziah Bencana Gempa Bumi dan Tsunami Kepulauan Sulawesi

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Timbalan Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan secara peribadi dan mewakili UMNO serta seluruh rakyat Malaysia merakamkan sedalam-dalam ucapan takziah kepada Kerajaan Republik Indonesia, khususnya semua mangsa, keluarga dan mereka yang terjejas dengan bencana alam yang menimpa Kepulauan Sulawesi baru-baru ini. Katanya, bencana gempa bumi dan tsunami yang menimpa Indonesia ini mengundang kesedihan dan […]

» Read more

Jom Saksikan Siaran Langsung Ucapan Penangguhan PAU 2018

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Hari ini, Perhimpunan Agung UMNO akan melabuhkan tirainya bagi sesi 2018 setelah dari pagi tadi jurucakap-jurucakap negeri membahaskan Usul Ucapan Dasar Presiden. Manakala penutup tirainya adalah ucapan penangguhan dari Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan sebelumnya dari Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan. Sehubungan itu, UMNO-Online akan membawakan siaran secara langsung (Facebook […]

» Read more
1 4,430 4,431 4,432 4,433 4,434 4,631