UMNO Rakam Takziah Bencana Gempa Bumi dan Tsunami Kepulauan Sulawesi
KUALA LUMPUR, 30 Sept – Timbalan Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan secara peribadi dan mewakili UMNO serta seluruh rakyat Malaysia merakamkan sedalam-dalam ucapan takziah kepada Kerajaan Republik Indonesia, khususnya semua mangsa, keluarga dan mereka yang terjejas dengan bencana alam yang menimpa Kepulauan Sulawesi baru-baru ini.
Katanya, bencana gempa bumi dan tsunami yang menimpa Indonesia ini mengundang kesedihan dan pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada kami di Malaysia.
“Kami seluruh negara amat bersimpati dan memanjatkan doa serta ingatan kepada semua mangsa korban dan semoga mereka ditempatkan bersama orang yang beriman,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ujar beliau, rakyat Malaysia juga menitipkan setulus doa agar dikurniakan kekuatan dan kesabaran kepada negara Indonesia dalam mendepani siri ujian yang getir ini.
“Kami mendoakan agar segala bantuan kemanusiaan, perubatan dan proses menyelamat akan berjalan dengan lancar dan baik.
“Semoga semuanya berakhir segera dan pulih seperti asal.” – MediaUMNO