Jom Saksikan Siaran Langsung Ucapan Penangguhan PAU 2018


KUALA LUMPUR, 30 Sept – Hari ini, Perhimpunan Agung UMNO akan melabuhkan tirainya bagi sesi 2018 setelah dari pagi tadi jurucakap-jurucakap negeri membahaskan Usul Ucapan Dasar Presiden.

Manakala penutup tirainya adalah ucapan penangguhan dari Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan sebelumnya dari Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sehubungan itu, UMNO-Online akan membawakan siaran secara langsung (Facebook Live) bagi kedua-dua ucapan tersebut melalui medium Facebook rasmi parti, facebook.com/mediaumnomalaysia, dijadualkan pada jam 5 petang nanti.

Jangan lupa kita sama-sama menyaksikan siaran secara langsung tersebut yang pastinya dapat memberikan informasi yang berguna khususnya tentang hala tuju dan perjuangan UMNO dalam menghadapi segala cabaran politik yang mendatang. – Media UMNO